Mahkamah

Sekolah jenis kebangsaan Tamil, Cina tidak bercanggah Perlembagaan Persekutuan

Penubuhan sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil yang tidak menguna pakai bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perantaraan utama di sekolah terbabit adalah tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini sekaligus menolak saman yang dikemukakan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA).

Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata, penggunaan bahasa lain selain Bahasa Malaysia tidak bertentangan dengan perlembagaan kerana sekolah venakular bukanlah satu badan statutori atau pihak berkuasa tempatan yang wajib menggunakan bahasa kebangsaan.

Katanya, sekolah vernakular juga dilindungi oleh perlembagaan.

Ketiga-tiga pertubuhan itu sebelum ini memohon untuk mendapatkan perisytiharan bahawa seksyen 2,17 dan 28 dalam Akta Pendidikan 1996 yang membenarkan penggunaan dua bahasa terbabit di sekolah vernakular adalah bercanggah dengan peruntukan 152(1)(a) perlembagaan.

Mereka juga memohon perisytiharan kewujudan dan penubuhan sekolah terbabit bertentangan dengan perlembagaan.-SM

 

 

 

(Visited 353 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button