PH ‘bungkus’ teruk di PRN Sarawak
PAKATAN Harapan (PH) gabungan DAP, PKR dan Amanah mencatatkan rekod kekalahan memalukan di Sarawak selepas kalah teruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung pada Sabtu.
DAP hanya menang dua kerusi iaitu di Dewan Undangan Negeri Padungan dan Pending. Manakala lima kerusi yang dimiliki DAP di Kota Sentosa, Bukit Assek, Pelawan, Tanjung Batu dan Pujut pada PRN 2016 terlepas.
Sementra PKR dan Amanah tidak memenangi sebarang DUN dengan PKR terlepas kerusi Batu Lintang, Krian dan Ba’Kelalan yang dimenangi pada PRN 2016.
DAP bertanding di 24 kerusi, PKR bertanding di 28 kerusi dan Amanah bertanding di lapan kerusi.
Kekalahan memalukan PH mengulangi episod sama yang berlaku gabungan itu pada PRN Melaka, di mana gabungan itu sekadar menang lima kerusi, berbanding 15 kerusi pada PRU14.
PRN Sarawak dimenangi oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menang besar selepas menguasai majoriti lebih 2/3, dengan memperolehi 76 daripada 82 kerusi.-SM