Politik

Rakyat tolak PH, DAP

PH sudah tidak dihormati lagi dan PRN Sarawak menunjukkan secara jelas kepada kita bahawa rakyat menolak kepimpinan lapuk anwar ibrahim serta parti DAP.

Sejak memeterai MoU dengan kerajaan masakini yang ditunjang oleh UMNO; rakyat benar-benar hilang hormat terhadap keseluruhan pemimpin-pemimpin PH.

Di Sarawak gabungan PH tewas dengan begitu teruk sekali kepada GPS!!

DAP hanya berjaya meraih 2 kerusi dan PKR gagal memperolehi sebarang kerusi DUN Sarawak!!

Sepertimana pada PRN Melaka sejarah berulang kembali dengan kekalahan PH secara tidak masuk akal!!

Sekarang baru yb tony pua tahu ‘langit tinggi rendah!!’

Selama ini pemimpin-pemimpin DAP yang bersikap ‘superiority complex’ terlalu tinggi seperti yb tony pua ingat beliau bijak membuat percaturan politik baru untuk PH.

Sekarang kita hendak tanya yb tony pua apa sudah jadi?!

Dari awal lagi saya sudah mengingatkan beberapa orang pemimpin-pemimpin DAP bahawa tindakan memeterai MoU dengan kerajaan yang dipimpin oleh UMNO yang juga dibayangi oleh pemimpin-pemimpin kleptokrats bakal ‘membunuh’ masa depan politik PH.

Namun, pemimpin-pemimpin PH terlalu angkuh dan tidak bersetuju dengan pandangan saya.

Perbalahan di antara saya dengan yb anthony loke dalam isu memeterai MoU di antara PH dengan kerajaan UMNO kini telah memberi gambaran yang lebih jelas bahawasanya rakyat sudah hilang hormat terhadap PH.

Rakyat Malaysia sedang menghukum kesilapan PH yang dilihat sebagai menggadai maruah serta prinsip perjuangan mulia pembangkang selama ini.

Di semenanjung Malaysia rakyat sedang menolak PH dan melalui keputusan PRN Sarawak pun mesej ditolak cukup jelas.

Pada hari ini rakyat serta pengundi amat bijak menilai perkembangan politik mutakhir di tanahair kita.

Saya juga amat yakin bahawa PH akan menerima nasib yang sama pada PRU15 kelak.

PRU15 juga bakal menunjukkan insiden penolakan PH oleh keseluruhan para pengundi bakal berulang lagi!!

Percaturan dan kepimpinan politik lapuk anwar ibrahim yang berpaksi pada paksi ‘pecah dan perintah’ sudah tidak laku lagi di kacamata rakyat.

Agenda politik anwar ibrahim hanyalah untuk memertabatkan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia semata-mata. Beliau tidak lagi diyakini mempunyai agenda politik matang kearah untuk membina semula ‘Malaysia Baharu.’

Hala tuju politik anwar ibrahim dipersoalkan oleh keseluruhan para pengundi yang semakin hilang keyakinan terhadap prinsip PH dewasa ini.

Tetapi dalam masa yang sama geraf populariti parti PEJUANG semakin mantap kerana kelihatan mempunyai tokoh-tokoh pemimpin dinamis yang secara konsisten kekal berprinsip.

Prinsip perjuangan mulia tokoh-tokoh pemimpin utama PEJUANG seperti tun dr mahathir mohamad, datuk seri utama mukhriz mahathir, datuk wira marzuki yahaya, datuk wira amiruddin hamzah, dato seri dr shahruddin serta pemimpin-pemimpin lain amat dihormati oleh rakyat jelata.

Majoriti daripada rakyat jelata amat kagum dengan prinsip perjuangan mulia tokoh-tokoh pemimpin PEJUANG yang amat konsisten menolak kleptokrats dalam lanskap politik Malaysia.

Tokoh-tokoh utama parti PEJUANG terus kekal berprinsip melawan rasuah dan golongan kleptokrats.

Pemimpin-pemimpin keramat PEJUANG sanggup hilang pangkat, jawatan serta wang ringgit demi terus berjuang kearah menegakkan kebenaran untuk melakukan pelbagai ‘reforms’ politik, ekonomi serta pentadbiran negara.

Hanya PEJUANG yang rakyat boleh sandarkan harapan tinggi bagi menjaminkan kestabilan politik negara, kemakmuran ekonomi Malaysia dan kesejahteraan penghidupan masa depan rakyat yang lebih terjamin.

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan
19 Disember 2021

(Visited 693 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button