Belang Bertempat

Umno bertepuk sebelah tangan…

Kalau dengar sembang Pulau Besar boleh terbang. Umno akan menang besar di Melaka.

Enam kerusi panas akan dimenangi dengan majoriti besar kali ini.

Umno mahu solo sokongan rakyat sudah kembali dan 15 kerusi dalam tangan.

Namun hakikat bacaan di lapangan Umno hanya mampu menang tujuh kerusi sahaja jika bertanding solo.

Lebih buruk daripada PRU lalu Umno menang 13 kerusi.

Cakap berdegar-degar mahu solo, tapi cuba pujuk Pas untuk joint sekaki dalam Muafakat Nasional.

Muafakat Nasional pada hakikatnya sudah tidak wujud apabila Umno menunjukkan belangnya mengkhianati Tan Sri Muhyiddin Yassin tempoh hari.

Umno tidak boleh berkuasa walaupun sedikit dan mereka mula menikam kawan.

Pas sedar hal itu kerana sejarah telah membuktikan betapa buruknya tingkah laku Umno.

Tidak cukup itu Umno cuba menghasut Pas untuk tinggalkan Bersatu, dengan bertanding lambang Pas, bukannya Perikatan Nasional.

Pas tidak pernah menerima lamaran itu dan Umno hanya bertepuk tangan sebelah.

Akhirnya Pas mengumumkan bertanding menggunakan lambang Perikatan Nasional.

Umno jadi hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

Semuanya kerana gara-gara Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang lemah percaturan politiknya.

Rakyat memerhati gelagat Umno. Umno jatuhkan Umno dan kini rakyat perlu gadai nyawa keluar mengundi pilih kerajaan baharu dalam keadaan pandemik Covid-19.

Mahukah lagi rakyat menyokong golongan hipokrit lagi fasik ini?

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button