Nasionalpilihan

Asean, Jepun perlu bekerjasama untuk hasilkan vaksin – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan supaya negara Asean bekerjasama bersama dengan Jepun untuk menghasilkan vaksin bagi kegunaan rantau Asia Tenggara.

Menurut Ismail Sabri, kerjasama itu termasuklah menghantar individu yang pakar untuk saling bekerjasama.

“Ini akan membantu rantau Asia Tenggara untuk berhadapan dengan situasi kekurangan vaksin dan bersedia jika berlaku kemunculan baharu penyakit berjangkit yang lain,” katanya.

Ismal Sabri berkata demikian dalam sidang Kemuncak ASEAN-Jepun ke 24 yang diadakan secara maya hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut merakamkan penghargaan terhadap sokongan dan sumbangan Jepun dalam Asecan Comprehensive Recovery Framework yang bertujuan untuk mengurangkan impak Covid-19.

“Negara Asean dan Jepun patut bekerjasama dalam pelbagai disiplin kesihatan untuk memastikan rantau kita bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai lagi hal kecemasan berkaitan kesihatan di masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turu berharap supaya negara Asean dan Jepun dapat menjalinkan kerjasama lanjut menerusi Asean-Japan Cyber Security Capacity Building Centre.

Jelasnya, Malaysia sedang membangunkan keselamatan digital profesional dan pembelajaran seumur hidup yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi tahap keselamatan siber dalam negara.

Tambahnya, malaysia sentiasa berminat untuk menyokong sebarang usul berkaitan program tersebut. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button