Nasionalpilihan

Raja Muda Perlis saran masyarakat buat pemeriksaan mata sekurang-kurang setahun sekali

Bersempena dengan ‘Hari Penglihatan Sedunia’ yang disambut pada setiap hari Khamis kedua dalam bulan Oktober bagi memberi kesedaran terhadap masalah kebutaan dan gangguan penglihatan, masyarakat disarankan supaya mendapatkan pemeriksaan mata sekurang-kurangnya sekali setahun di mana-mana klinik kesihatan kerajaan, swasta atau kedai yang mempunyai perkhidmatan saringan mata.

Bagi memastikan tahap penglihatan dan kesihatan mata sentiasa berada dalam keadaan baik dapatkan nasihat doktor dengan segera jika seseorang itu mempunyai masalah seperti mata merah, kesakitan yang teruk pada mata, penglihatan kabur, terdapat benda asing di dalam mata atau mengalami kecederaan pada mata.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyantuni dan menyerahkan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada asnaf kariah Felda Chuping, Shahidi Nayam, 48 tahun. Shahidi bekerja sebagai seorang penoreh getah dan tinggal bersama dengan isteri yang menghidap penyakit strok sejak tiga tahun yang lalu dan tiga orang anak.

Hadir mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Pada masa yang sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim pula menasihatkan supaya orangramai mengamalkan pemakanan yang kaya dengan Vitamin A & C contohnya pengambilan susu, sayur terutama lobak dan brokoli serta buah-buahan seperti betik, tomato dan anggur.

Related Articles

Pastikan membaca pada jarak yang tidak terlalu dekat dan pencahayaan yang cukup serta mengelakkan membaca dalam kenderaan yang bergerak yang menyebabkan otot-otot mata menegang dan mengganggu keupayaan memfokus.

Tambah Dr Sirajuddin, ‘Sekiranya menggunakan komputer, pastikan kedudukan komputer sama paras dengan mata, pastikan pencahayaan yang bersesuaian dan menggunakan skrin komputer bagi mengurangkan silau. Gunakan cermin mata keselamatan yakni ‘Safety Eyewear’ sekiranya pekerjaan seseorang itu terdedah kepada bahaya dan kecederaan pada mata seperti menggerudi atau memesin rumput’.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button