Nasionalpilihan

Penagih dadah mati selepas ditahan polis

SEORANG lelaki yang disyaki pengedar dadah mati selepas polis menahannnya dalam satu serbuan di sebuah rumah flat di Taman Datuk Senu, Sentul, Kuala Lumpur kira-kira pukul 5 petang semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, suspek yang berusia 45 tahun juga bertindak agresif ketika hendak ditahan

“Suspek bertindak agresif dengan mencapai sebilah sabit dan hendak menyerang pasukan serbuan ketika suspek hendak ditahan.

“Dalam usaha menahan saspek, kita telah menggunakan kekerasan minima untuk menangkap saspek dan merampas senjata sabit tersebut,” katanya.

Menurut Datuk Azmi, pemeriksaan di dalam rumah berkenaan juga menemukan dadah jenis Methamphetamine (AB : 51.24 gram) dan Heroin (AB : 1.97 gram).

Dalam masa sama, Azmi berkata pihaknya juga mendapati suspek secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

“Kita telah menghubungi ambulans bagi mendapatkan rawatan kecemasan terhadap saspek.

“Pihak petugas kesihatan telah membuat pemeriksaan terhadap saspek dan mengesahkan saspek telah meninggal dunia,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi rampasan dadah tersebut serta diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut sehingga laporan bedah siasat diperolehi dari pihak Hospital Kuala Lumpur. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button