Hiburan

Sakit dada ketika bangun, Caprice sangka dirinya terkena serangan strok

PENYANYI rap, Caprice berdepan dengan situasi panik selepas mengalami sakit dada ketika bangun tidur hingga menyangkakan dia terkena serangan strok kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Menurut Caprice, dia juga terpasa pergi ke pusat perubatan ekoran hampir seluruh bahagian kanan badannya merasa kebas.

“Sakitnya berbeza daripada apa yang saya alami di Jordan dan di Kuala Lumpur sebelum ini. Kita fikir serangan jantung atau strok.

“Saya panik dan terus menghubungi ambulan dan perasan saya tak boleh bercakap dengan betul.

“Alhamdulillah, mereka (pasukan perubatan) datang tepat pada waktunya,” katanya.

Menurut Caprice, dia kemudian dimaklumkan bahawa dia mengalami simptom awal penyakit hyperthyroidism iaitu kelenjar tiroid terlalu aktif hingga menghasilkan terlalu banyak hormon dan membuatkan metabolisma tubuh meningkat.

“Patutlah selama ini saya susah nak tidur, selalu resah dan sesak nafas.

“Saya harap semua ini boleh dirawat dengan ubatubatan janganlah sampai option lain (rawatan Radioterapi dan pembedahan),” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button