BeritaPendidikan

Raja Muda Perlis kagum dengan kegigihan PTSS majukan pendidikan negeri

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berbangga dengan semangat dan komitmen Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Perlis dalam segala usahanya bagi sama-sama memajukan pendidikan di negeri Perlis terutamanya dalam bidang Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional atau ‘TVET’.

Baginda berharap dan sentiasa menyokong PTSS Perlis untuk terus unggul dan mampu melahirkan graduan berkemahiran bagi memenuhi keperluan negara.

Demikian titah Tuanku Raja Muda ketika berkenan berangkat menyempurnakan rakaman titah ucapan sempena video promosi PTSS Perlis di kampusnya di Pauh Putra.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah PTSS Perlis, Abdul Malek Hassan.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra mengucapkan ‘Selamat Menyambut Hari Akademia’ yang disambut setiap tahun pada 5 Oktober. Tema pada tahun ini ialah ‘Akademia Diperkasa, Digitalisasi Dibudaya’.

Sementara itu Abdul Malek pula memaklumkan PTSS Perlis turut menjalinkan kolaborasi dengan industri tempatan dan antarabangsa, selain para pensyarah PTSS Perlis juga aktif menjalankan penyelidikan untuk membangunkan aktiviti ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi bagi melahirkan graduan TVET yang kompeten.

Tambah Abdul Malek, PTSS Perlis juga bakal diisytihar sebagai Pusat Teknologi Media Kreatif dalam masa terdekat oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Untuk rekod, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis adalah merupakan Politeknik Malaysia yang ke 18 diwujudkan diibawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

(Visited 396 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button