Nasional

Kesusahan rakyat acuan RMK12, krisis berkembar jadi fokus

KRISIS berkembar iaitu kesihatan dan ekonomi menjadi ramuan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) agar ia sejajar dengan tema #KeluargaMalaysia yang bersifat Makmur, Inklusif dan Mampan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian sebagai pemula bicara dalam satu wawancara yang disiarkan secara langsung oleh RTM TV1 malam ini.

Tegas Perdana Menteri, sewaktu merangka RMK12, pandemik Covid-19 masih melanda dan pertumbuhan ekonomi negara berada dalam penguncupan.

“Kita lihat rakyat terhimpit dengan masalah ekonomi, dibuang kerja dan terpaksa tutup perniagaan. Kesusahan rakyat memang sewaktu Covid-19 kita ambil kira ketika merangka RMK12.

“Semangat rakyat kita diambil kira. Sewaktu rakyat kita dihimpit kesusahan, kita melihat penyatuan amat jelas, rakyat sesama rakyat.

“Apabila rakyat susah, ramai yang hulur bantuan. NGO dan individu membantu rakyat yang dilanda kesusahan. Ini konsep keluarga.

“Dalam keluarga, kita tak benarkan keluarga kita susah. Pasti bantu dalam keluarga kesusahah. Tanpa mengira kaum, agama dan bangsa dalam Covid-19,” kata Ismail Sabri dalam pencerahannya.

Beliau berkata, dalam RMK12, kita akan membangunkan semula ekonomi tetapi jika tidak ada semangat kekeluarga, perkara ini tidak akan dapat dilakukan.

“Kita kaitkan RMK12 dengan Keluarga Malaysia. Kita mahu bekerjasama tanpa mengira kaum, agama, kedudukan di mana berada sama ada di bandar atau luar bandar.

“Itu konsep Keluarga Malaysia yang diterapkan. Setiap rakyat Malaysia akan sokong apa yang dirancang kerajaan dan kita tingkatkan ekonomi dan gaya hidup rakyat kita,” katanya.

Perdana Menteri mengakui, walaupun ada sembilan fokus dalam RMK12 namun menjawab soalan pemudah cara, Ismail Sabri tanpa teragak-agak memberitahu bahawa fokus dominan tetap ada.

“Walaupun ada 9 fokus dan semuanya pentng, tumpuan ialah pembasmian kemiskinan. Kita mahu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi golongan B40, penduduk miskin luar bandar dan bandar .

“Dan kita mahu tingkatkan taraf hidup penduduk miskin di Sabah dan Sarawak. Bukan sahaja tingkatkan pendapatan tetapi keselesaan hidup terutama di enam negeri iaitu Sabah, Sarawak, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Fokus bukan hanya terhadap penduduk secara individu tetapi B40 dan miskin. Negeri-negeri yang dianggap sebagai negeri kurang maju berbanding negeri lain, juga difokuskan.

“Pembahagian kekayaan diagih sama rata sesama rakyat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa,” ujar Ismail Sabri.

Dalam wawancara, turut disentuh ialah impak pasaran buruh, graduan resah dan peluang pekerjaan terhad khusus kepada golongan belia.

Jawapan yang diberikan oleh Ismail Sabri adalah seperti berikut:

“Ada fokus khusus, isu pekerjaan. Maka tumpuan pada latihan kepada graduan, buat padanan dan kursus serta pekerjaan kerana permintaan atau demand pekerjaan yang ada.

“Banyak berlaku miss match. Kursus yang tidak ada demand, tidak ada permintaan di pasaran atau tiada market demand.

“Selain tumpuan mengasuh graduan kepada teknologi moden dan baru, kita adakan juga kursus buat pandangan dari segi demand pekerjaan yang ada.

“Kursus hari ini banyak e-business. Berdasarkan kehendak hari ini kita lihat ialah Online business. Ini menyeluruh. Kita tidak lagi mahu lagi seperti dahulu, kursus tradisional. Selepas mendapat sijil, tak ada pekerjaan.

“Kedudukan kawasan seperti belia di Pengerang, Johor yang mana di situ ada gas dan minyak atau oil and gas. Jadi, kursus diberi perlu kursus oil and gas.

“Kalau Tioman dan Langkawi, ia adalah pelancongan. Kita akan lihat kursus yang  pertama, kursus teknologi tinggi dan padanan untuk mendapatkan pekerjaan. Ada special program untuk belia dan perkara perkara lain.

“Kita juga ada gig economy, misalnya e-hailing. Mereka yang berikan servis provider, bandar kecil tak ada perkhidmatan grab. Tak ada food panda.

“Tetapi budaya memesan makanan untuk dihantar ke rumah, menjadi budaya pendudk Malaysia termasuk di bandarbandar kecil.

“Latih mereka atau train dalam servis penghantaran di bandar-bandar kecil, akan lahir lebih ramai bis-ekonomi. Untuk belia kita tawar latihan dan kursus.

“Graduan yang keluar dari universiti, akan ditawarkan atau diberi kursus supaya mereka dapat mencari peluang pekerjaan atau perniagaan,”.

Impak keseluruhan mata pencarian rakyat Malaysia dengan krisis berkembar iaitu ekonomi dan kesihatan turut disentuh oleh Ismail Sabri.

Walaupun 80 peratus lebih penduduk  dewasa divaksin dan diberi sedikit kelonggaran dalam kehidupan tetapi rakyat masih berdepan krisis berrkembar ini. Dengan unjuran RM400 biliion bagaimanakah ia dapat menangani krisis berkembar iaitu ekonomi dan kesihatan?

“RMK12 ialah rancangan lima tahun 2025. Kita dalam Covid-19 dan mengambil masa sasaran negara berpendapatan tinggi dan perkapita RM10,000 dan ini adalah jangka panjang.

“Jangka pendek, ekonomi mulai dibuka walaupun bukan sepenuhnya. Fasa negeri-negeri berpindah. Mulai minggu lepas tak ada lagi fasa satu. Kedua, ketiga, ada yang sampai fasa empat, Negeri Sembilan dan ekonominya sudah dibuka sepenuhnya.

“Cuma sektor sosial sahaja tak buka sepenuhnya seperti majlis perkahwinan. Kita percaya kes dalam keadaan menurun, 12,000 11,000 dan empat digit. Arnod 0.88. Peluang kes menurun semakin tinggi, KL dan WP dulu tak terfikir, hari ini menurun dan fasa tiga.

“Berkembar dari segi, kesan. Kes menurun, vaksin meningkiat, ekonomi dibuka, merancak lagi ekonomi pertumbuhan ekonomi dan akan berrjaya.

“Lebih-lebih lagi ada kaitan dengan pandemik dan kita sasarkan kalau 90 peratus sudah vaksin, kita buka hampir sepenuhnya, rentas negeri.

“Sektor pelancongan akan dapat faedah. Paling teruk impak , sektor pelancongan dan penerbangan. Akan dipulih apabila buka rentas negeri dan kebebasan. Tak guna my travel pass. Kebebasan.

“Kementerian Kesihatan akan mengkaji tempoh masa kuarantin. Galakkan pelancongan dan beri kesan pada perkembangan ekonomi kita.

“Saya ada berbincang dengan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul. Kita bagi one off bantuan kepada peniaga tetapi itu tidak cukup.

“Bantuan kepada peniaga mikro RM1,000 adalah bantuan untuk teruskan hidup. Apabila ekonomi dibuka, mereka perlu modal start up business.

“Kita bincang dan lihat kerajaan beri bantuan modal untuk peniaga memulakan perniagaan semula. Mekanisma, tak perlu bayar, moratorium, bayar principal atau interest akan dikaji.

“Lain-lain ada dalam RMK12 bagaimana nak bantu pertumbuhan syarikat mikro dan IKS. Berikan fokus pada mereka sumbang 25 persen KDNK menjelang 2025.

“Ini program yang kita rancang walaupun ada masalah krisis berkembanr, kita akan bantu. Macam-macam yang kita bantu, R&D, komersial, harta intelek dan ini semua adalah program jangka panjang hingga 2025,” kata Ismail Sabri. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button