KesihatanNasionalNegeri

Remaja meninggal selepas disuntik vaksin berita palsu

PENGARAH Kesihatan Negeri Sabah Dr. Rose Nani Mudin menafikan dakwaan, seorang remaja meninggal dunia selepas disuntik vaksin Covid-19 di Lahad Datu.

Penafian itu dibuat berdasarkan sebuah video yang tular dan pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung rakaman video tersebut.

Menjelas lebih lanjut, beliau berkata, dakwaan tersebut tidak benar kerana Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan Pejabat Kesihatan Lahad Datu menafikan berlaku kematian seperti didakwa.

“Perbuatan individu berkenaan boleh menimbulkan perasaan panik dan kebimbangan orang ramai terutamanya dalam kalangan ibu bapa dan remaja yang bakal menerima suntikan vaksin,” katanya.

Beliau turut merayu kepada orang ramai agar tidak mudah terpedaya ataupun terpengaruh dengan dakwaan palsu serta tidak benar mengenai vaksin.

Berdasarkan pemantauan JKNS, katanya lagi, 80 peratus hingga 90 peratus pesakit di Unit Rawatan Rapi adalah individu yang belum divaksin.

Sehubungan itu, JKNS menyeru ibu bapa dan penjaga segera mendaftar remaja di bawah jagaan mereka untuk mendapatkan suntikan vaksin demi perlindungan diri dan keluarga. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button