Nasionalpilihan

Lebih 18 juta rakyat sudah lengkap divaksin

BILANGAN penduduk Malaysia yang sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin terus meningkat kepada 18.135 juta orang pada semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata, jumlah itu merangkumi 55.5 peratus daripada keseluruhan populasi Malaysia.

Jumlah yang telah menerima satu dos suntikan vaksin pula ialah sebanyak 21.861 juta atau 65.4 peratus darupada keseluruhan rakyat.

Sementara itu bagi populasi dewasa sejumlah 92.9 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala 77.5 peratus peratus telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin.

Selain itu, Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatat peratusan vaksin lengkap tertinggi iaitu 105.6 peratus.

Related Articles

Angka tersebut diikuti denganLabuan, Labuan (97.76 peratus), Negeri Sembilan (92.3) dan Sarawak sebanyak 89.1 peratus. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button