Dituduh gilakan harga DS Vida, Iqbal dedah kain langsir rumahnya sahaja sudah RM100,000
TIDAK tahan kerana dituduh gilakan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida kerana harta, Iqbal Zukefli akhirnya memilih untuk mendedahkan kekayaannya pula kepada orang ramai.
Menurut Iqbal, dia berbuat demikian bukan untuk berlagak, sebaliknya untuk menutup mulut pihak yang menuduhnya tergilakan harta Vida.
“Kain langsir saja RM100,000 saya habiskan. Makanan kucing sahaja RM6,000 sebulan saya bagi. Jangan ingat saya tak tayang harta bermakna saya tidak punya. Memfitnah jangan melampau.
“Saya tidak suka berlagak dengan pembelian saya kerana bagi saya kepuasan adalah untuk diri sendiri, bukan bertujuan untuk ditayangkan. Tetapi setelah saya difitnah gilakan harga Dato Seri Vida, mari saya bagitau,” ujarnya.
Antara pendedahan lain yang dibuat adalah rumahnya yang berharga RM3 juta, kasut berharga lebih RM100,000 serta menghabiskan RM500,000 dalam tempoh enam bulan untuk membeli pakaian.
Pada masa sama, usahawan itu juga menolak dakwaan yang mengatakan dia merupakan anak ikan kepada Dato Seri Vida.
“Tak ada masa saya nak jadi anak ikan. Waktu duit saya RM50, orang pernah tawar saya RM1 juta pun saya tolak.
“Bukan bermaksud terlalu baik tidak punya nafsu, cuma saya ada pendirian. Kenapa perlu bayar? Ingat diri saya boleh dijual beli? Saya tahu kemampuan saya,” jelasnya. -SM