Ekonomi

AirAsia bersedia menyambut tetamunya pada Hari Malaysia

AirAsia menyambut baik pengumuman kerajaan untuk membuka sektor pelancongan domestik di beberapa destinasi bermula dengan gelembung perjalanan Langkawi mulai 16 September 2021. Para pelancong yang memenuhi syarat yang ditetapkan kini boleh mula merancang perjalanan mereka.

Pengumuman ini tentunya amat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia dan akan menjadi pemangkin untuk penyambungan semula perjalanan domestik dan antarabangsa dalam masa terdekat berikutan keadaan yang bertambah baik dan kadar pemvaksinan yang semakin tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata: “Rakyat Malaysia sudah tidak sabar untuk kembali melancong dan Langkawi adalah salah satu destinasi domestik paling popular yang terkenal dengan kemudahan bertaraf dunia, pantai yang bersih, suasana yang mesra keluarga dan juadah tempatan. Keputusan kerajaan untuk memulakan gelembung perjalanan ini adalah petanda baik untuk pemulihan industri pelancongan secara keseluruhannya di Langkawi, dan  kami berharap dapat terus bekerjasama dengan kerajaan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Tourism Malaysia, untuk menyokong pemulihan sektor pelancongan. Kami sedang berusaha untuk menawarkan beberapa kempen menarik untuk memulihkan sektor pelancongan di Langkawi yang akan diumumkan tidak lama lagi. Muat turun airasia Super App hari ini supaya anda tidak terlepas tawaran yang menarik untuk Langkawi.

“Kami telah membuat persediaan rapi untuk kembali terbang, dan kami ingin menjemput para tetamu untuk menikmati pengalaman perjalanan yang lebih meyakinkan dan selamat bersama AirAsia. Keselamatan merupakan keutamaan kami di samping sentiasa berusaha memastikan perjalanan yang lancar bagi semua tetamu. Di AirAsia, kami komited untuk melaksanakan semua protokol kesihatan dan kebersihan yang ketat untuk sepanjang perjalanan anda, termasuk di kawasan terminal sebelum dan selepas penerbangan, di laluan rayap dan kargo serta semasa penerbangan anda. Selain itu, kami telah mempertingkatkan prosedur dan inovasi yang lebih baik untuk menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih baik.

“Penerbangan merupakan kaedah pengangkutan yang paling selamat, bukan hanya kerana langkah keselamatan menyeluruh yang kami laksanakan, tetapi ciri-ciri pesawat seperti sistem penapisan udara di dalam kabin dengan peredaran udara dari atas ke bawah menghindari risiko jangkitan semasa dalam penerbangan. Kajian yang dilakukan oleh agensi penerbangan antarabangsa juga telah membuktikan bahawa risiko jangkitan di dalam penerbangan adalah hampir sifar,” tambah beliau.

AirAsia Group kini bersedia untuk kembali terbang dengan dibarisi kakitangan hadapan yang telah divaksin sepenuhnya serta langkah-langkah keselamatan tanpa sentuhan dan kebersihan yang tertinggi, sempena pembukaan perjalanan udara dalam waktu terdekat.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button