Media Barat sering melaporkan Taliban di Afghanistan adalah kumpulan pejuang ekstremis dan pengganas meskipun mereka terdiri daripada penduduk asal Afghanistan.
Sebaliknya tentera Amerika Syarikat disifatkan sebagai pengaman, penyelesai masalah dan bukannya pencuri sumber semula jadi di sesebuah kawasan seperti minyak misalnya.
Melihat keadaan ini, rakyat Malaysia seharusnya tidak sependapat dengan Amerika Syarikat kerana orang luar sering memiliki persepsi yang tidak baik terhadap orang tempatan.
Jika diingat balik pada sejarah tanah air kita, pejuang Tanah Melayu seperti Tok Janggut, Dato Bahaman, Mat Kilau dan sebagainya, mereka dilabelkan sebagai pemberontak.
Sedangkan yang berjuang untuk menghalau orang luar ini adalah penduduk asal sesebuah kawasan itu, yang tidak mahu ahli keluarga mereka menerima dakyah buruk penjajah.
Melihat semula kenyataan Presiden, Joe Biden, misi tentera Amerika Syarikat berada di situ selama berpuluh-puluh tahun bukanlah bertujuan untuk membangunkan Afghanistan.
Meskipun rakyat di seluruh dunia dimomokkan dengan imej warga Afghanistan yang melarikan diri, mereka itu adalah golongan pro-Amerika Syarikat yang takut dengan Taliban.
Dengan Taliban sahaja sudah takut, lagi bercakap atau berangan-angan mahu menentang Dajjal jika sosok makhluk itu mula menjelmakan diri secara nyata?
Jelas warga Afghanistan yang hatinya sudah terpaut sebagai pro-Amerika Syarikat tetap akan memohon perlindungan daripada kaum kafir, bukannya kepada Allah SWT.
Disebabkan Taliban juga sudah berjaya menguasai semula Afghanistan, berikut adalah satu kenyataan yang dikeluarkan dan isi kandungannya sungguh mengkagumkan.
Ia menimbulkan rasa cemburu bagi segelintir umat Islam di negara lain yang masih sibuk berpolitik sebaliknya Taliban mahu membangunkan Afghanistan penuh dengan gaya hidup Islam :
🛑 Menanam pokok dadah, menjual atau mempromosikan penjualan dadah, mulai sekarang akan menjadi hukuman mati.
🛑 Semua persengketaan darah dibatalkan. Mulai sekarang, semua perselisihan akan melalui pengadilan Syariah Islam, tidak ada lagi cara yang sah untuk menyelesaikan perselisihan selain pengadilan Syariah Islam.
🛑 Kami menjemput jurutera, doktor dan profesional lain dari seluruh dunia untuk membina semula Afghanistan. Kami menjamin mereka gaji yang tinggi.
🛑 Mulai sekarang, memberitahu nasib, mantra cinta, ramalan, syirik di kubur akan dikenakan hukuman berat.
🛑 Rasuah, keganasan terhadap lelaki muda, akan dihukum bunuh. Emiriah Islam Afghanistan akan menghukum pesta sumpah dengan teruk.
🛑 Wanita bebas untuk meninggalkan rumah berseorangan, tetapi hijab menjadi satu kemestian!
🛑 Emiriah Islam Afghanistan melarang sebarang jenis aktiviti yang berkaitan dengan faedah, semua hutang dan faedah dibatalkan
Melihat kepada kenyataan ini, sememangnya orang yang menolak Islam akan lari dan tidak sanggup untuk duduk di Afghanistan sedangkan ia adalah sesuatu yang baik.
Siapa lagi yang mahu pertahankan Islam pada akhir zaman kalau bukan pemuda-pemudinya? Orang luar kebanyakannya hanya buka jalan untuk Dajjal melangkah megah!