Penyanyi popular Caprice telah memilih Datuk Seri Hishamuddin Hussein akan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu.
Dalam satu perkongsian di Insta Story miliknya, penyanyi berkenaan menyatakan ramai yang bertanya kenapa dia memilih Hishamuddin.
“Ramai tanya Caprice kenapa hang pilih Datuk Seri Hishamuddin. Guys, ini bukan sebab apa yang kita pilih, ia lebih kepada jangkaan.
“Yang paling sesuai dengan agenda dunia adalah Datuk Seri Hishamuddin atau Anwar Ibrahim. Kalau kita kaji siapa yang dia baru-baru jumpa, siapa belakang dia, apa dia buat baru-baru ini,” ujarnya.
Caprice berkata, selain kedua-dua nama tersebut, berdasarkan kepada senioriti sekarang ini, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li juga mampu menjadi Perdana Menteri Malaysia.
“Siapa lagi senior yang boleh terajui Malaysia, seseorang seperti Ku Li selain Anwar Ibrahim atau Datuk Seri Hishamuddin,” ujarnya. -SM