Sukan

OLIMPIK: Pemanah negara, Khairul Anuar mara ke peringkat 16 akhir

PEMANAH negara Khairul Anuar Mohamad terus masa dalam acara recurve lelaki apabila layak ke pusingan 16 terbaik pada saingan di Olimpik Tokyo 2020.

Kejayaan itu bermakna Khairul Anuar kini bakal menyamai pencapaiannya di Olimpik London 2012.

Pada Olimpik London 2012, beliau tewas pada peringkat suku akhir.

Hari ini, Khairul Anuar menewaskan dua lawannya dari Finland dan China untuk layak ke pusingan 16 terbaik.

Khairul Anuar menamatkan saingan penyingkiran 64 terbaik recurve lelaki dengan melakar kemenangan 6-5 ke atas atlet Finland, Antti Vikstrom.

Beliau yang merupakan pemanah ranking ke-15 dunia terpaksa berhadapan tentangan sengit lawan sebelum menang dengan mata shoot-off.

Pada pusingan penyingkiran 32 terbaik pula, Khairul Anuar  mengetepikan cabaran pemanah China, Wang Dapeng juga dengan keputusan sama, 6-5.

Siapa yang menanti beliau pada pusingan 16 terbaik akan ditentukan petang ini dengan Khairul dijangka bertemu pemain nombor lima dunia dari Korea Selatan, Kim Woo-Jin.

Perlawanan 16 terbaik dijadual berlangsung Sabtu ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button