Parlimen

Malaysia terpantas vaksin rakyat, atasi beberapa negara maju

MALAYSIA diiktiraf sebagai antara negara terpantas memberikan vaksin Covid-19 kepada rakyat dan mengatasi beberapa negara maju.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata, kejayaan Malaysia itu dikeluarkan dalam statistik di laman sesawang Our World In Data yang dikendalikan oleh Universiti Oxford.

“Sekarang ini kadar vaksinasi perkapita di Malaysia adalah antara yang terpantas di seluruh dunia.

“Peratusan penduduk Malaysia yang telah menerima vaksin sekurang-kurangnya satu dos juga pada semalam telah mengatasi beberapa negera maju seperti Jepun, Australia, Korean Selatan dan New Zeland,” kata Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata demikian dalam Penerangan Menteri Sains, Teknologi dan Inobasi berkenaan porgram vaksinasi dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pagi tadi.

Sehingga semalam 18.393 juta dos vaksin telah diberikan kepada rakyat Malasia melibatkan 12.409 juta atau 38.2 peratus keseluruhan populasi telah menerima dos pertama dan 5.905 juta orang atau 18.1 peratus populasi telah dapat lengkap dos vaksin.

Sehingga semalam seramai sebanyak 53.3 peratus populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya terima dos pertama dan 25.2 peratus populasi dewasa telah menerima dos lengkap.

Tambahnya bagi kumpulan fasa pertama, sejumlah 695,000 petugas barisan hadapan selesai terima dos lengkap.

Bagi kumpulan fasa kedua sehingga 25 Julai sejumlah 2.89 juta warga emas atau 93 peratus daripada keseluruhan populasi umur 60 tahun ke atas yang telah mendaftar sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi kumpulan orang kelainan upaya dan komorbit masing-masing sebanyak 289,238 dan 6.32 juta orang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan janji temu dalam masa terdekat.

Sementara itu menurut Khairy Jamaluddin sehingga sehingga hari Isnin lalu seramai 20.134 juta orang telah mendaftar bagi pengambilan vaksin. Jumlah tersebut bersamaan 61.7 peratus keseluruhan
populasi Malaysia berjumlah 32.7 juta orang.

Daripada jumlah tersebut 18.8 juta orang merupakan individu dewasa berumur 18 tahun ke atas dan 1.2 juta orang merupakan individu di bawah umur 18 tahun.

Jumlah populasi dewasa yang telah mendaftar adalah bersamaan 80.5 peratus daripada keseluruhan populasi dewasa di Malaysia.

Manakala bagi golongan warga emas berumur 60 tahun ke atas yang berjumlah keseluruhan 3.5 juta orang , sebanyak 89 peratus telah mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi COVID-19 mereka.

“Berdasarkan statistik yang saya sebutkan, jelas sekali jumlah pendaftaran pada ketika ini adalah rendah berbanding sasaran PICK iaitu sebanyak 80% daripada keseluruhan populasi yang perlu divaksin.

“Malah jika dilihat statistik pendaftaran vaksinasi beberapa buah negeri, peratusan pendaftaran adalah rendah berbanding nilai ambang yang ditetapkan di bawah Program Pemulihan Negara untuk sesebuah negeri
beralih daripada satu fasa kepada fasa yang lain,” katanya.

Tegas Khairy Jamaluddin Pelan Pemulihan Negara telah menetapkan nilai ambang bagi peralihan fasa berdasarkan peratusan populasi dewasa 18 tahun ke atas yang telah menerima dos vaksin lengkap di setiap negeri.

Nilai ambang yang ditetapkan adalah Fasa 1 kepada Fasa 2 10% menerima dos lengkap, Fasa 2 kepada Fasa 3: 40% menerima dos lengkap dan Fasa 3 kepada Fasa 4: 60% menerima dos lengkap.-SM

 

 

(Visited 69 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button