Uncategorized

Lebih 25% populasi telah mendapat dos pertama vaksin

LEBIH 25 peratus penduduk di negara ini telah disuntik dengan dos pertama vaksin Covid-19.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (CITF) sejumlah 25.6 peratus atau 8.364 juta penduduk telah pun diberi dos pertama vaksin.

Sementara itu 11.8 peratus populasi atau 3.848 juta telah lengkap menerima kedua-dua dos. Sehingga semalam 12.212 juta dos vaksin telah diberikan kepada rakyat.

Lembah Kelang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menyaksikan 3.198 populasi (38%) telah pun mendapat dos pertama dan 984,631 (11.7%) lengkap menerima kedua-dua dos.

Sarawak turut mencatatkan jumlah populasi tertinggi menerima vaksin iaitu 1.437 juta (51%) telah disuntik dengan dos pertama dan 661,799 (23.5%) mendapat dos kedua.

Diikuti negeri Johor yang merekodkan 425,933 (15.5%) penduduk telah mendapat dos pertama dan 353,896 (9.4%) lengkap menerima kedua-dua dos.

Dalam pada itu sejumlah 421,479 dos vaksin diberikan semalam merangkumi 264,034 dos pertama dan 157,445 dos kedua.

Selangor menjadi negeri tertinggi memberikan dos vaksin iaitu 75,213 dos pertama dan 22,905 dos kedua.

Diikuti Kuala Lumpur iaitu 45,889 dos pertama dan 22,012 dos kedua serta Sarawak yang memberikan 29,619 dos pertama dan 52,377 dos kedua kepada penduduknya.-SM

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button