Nasional

Sabah benarkan dine-in, kedai gunting rambut, golf, memancing

KERAJAAN Negeri Sabah membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi termasuk makan dalam restoran dan membuka kedai gunting rambut bermula esok.

Ketua Menteri Sabah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, turut dibenarkan aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal. Antaranya termasuk golf, memancing dan sukan berbasikal.

Kerajaan Negeri Sabah turut memperluaskan pembukaan aktiviti pembuatan dan perkilangan kepada getah, simen dan cat, kilang berasaskan kayu dan perabut.

Katanya, pembukaan ekonomi dan aktiviti sosial itu selaras dengan Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 dengan mengekalkan sebahagian besar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Negeri Sabah.

Hajiji dalam satu kenyataan berkata, perincian SOP Negeri Sabah akan dikeluarkan dalam masa terdekat.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button