Nasional

AAIM terajui penggunaan ultrabunyi dan ekokardiografi di sisi katil – Raja Muda Perlis

Perubatan Dalaman Maju dan Akut (AAIM) telah menerajui penggunaan ultrabunyi dan ekokardiografi perubatan di sisi katil dan hasil positif yang diperoleh daripada penggunaan peralatan itu tidak boleh disangkal lagi.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah kaedah pemeriksaan kesihatan itu bukan sahaja mengurangkan masa kritikal semasa rawatan tetapi juga mengurangkan pendedahan patogen berikutan peralatan yang digunakan di wad atau fasiliti lain.

“Ultrabunyi terhadap paru-paru mampu mengesan keabnormalan yang mana akses kepada imbasan CT adalah sedikit atau mungkin mendedahkan pesakit lain. Ekokardiografi di sisi katil berperanan dalam pengimejan penyebab renjatan dan semua ini dapat dilakukan dengan peranti bersaiz poket,” titahnya.

Tuanku Syed Faizuddin, yang juga Penaung Diraja Perubatan Dalaman Akut Tahap Lanjut (MAAIMUSS) bertitah demikian pada webinar ‘Point Of Care Ultrasonography and Echocardiography Course’ anjuran MAAIMUSS hari ini.

— BERNAMA

at dilakukan dengan peranti bersaiz poket,” titahnya.

(Visited 143 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button