Nasionalpilihan

Keluarga pesara tentera tinggal di bawah jambatan dipindahkan ke Flat Seri Johor

KELUARGA pesara tentera yang tular kerana tinggal di bawah Jambatan Loke Yew akan dipindahkan ke rumah transit di Flat Seri Johor.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun berkata, pihaknya sedang berusaha untuk memberikan kediaman yang baik dan bantuan yang sepatutnya terhadap anak-anak keluarga tersebut.

“Kita sedang berurusan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta agensi-agensi kerajaan yang lain untuk memberikan kediaman yang baharu dan bantuan.

“Selama dua tahun keluarga ini tinggal di bawah jambatan ini dan ini bukannya di kawasan pendalaman, sebaliknya di kawasan ibu negara,” katanya.


Terdahulu, Rina hadir melawat tempat tinggal bekas tentera, Suria Mohamad Hassan, 59 yang tinggal di bawah jambatan tersebut bersama isterinya, Azariyah Abd Aziz, 43 dan lima orang anaknya.

Menurut Rina, beliau juga telah mengarahkan JM untuk menyalurkan bantuan dan sokongan psikologi kepada keluarga tersebut.

“Keluarga ini juga mempunyai kanak-kanak yang masih bersekolah dan ini merupakan satu keutamaan untuk dibantu.

“Kita juga tidak mahu Suria dan isterinya berputus asa dengan nasib yang dihadapi dan mengharapkan masa depan yang cerah buat anak-anak ini,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memantau nasib pesara tentera bersama enam ahli keluarganya yang terpaksa tinggal di bawah jambatan Loke Yew sehingga mereka mendapat kediaman.

Mereka juga memaklumkan yang keluarga itu telah pun disantuni oleh JHEV ATM dan Baitulmal Wilayah Persekutuan pada minggu lalu. -SM

(Visited 379 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button