Sungai Eufrat Semakin Kering Dan Super El Nino Dijangka Melanda Dunia 2023?
Sungai Eufrat di Timur Tengah sedang mengering dan perkara ini bertepatan dengan kisah tanda-tanda akhir zaman yang wajib umat Islam percaya sekali gus membuktikan kita beriman dengan hari kiamat.
Sebaik sahaja Sungai Eufrat benar-benar kering nanti, akan muncullah satu pergunungan emas dan ramai orang akan berebut-rebut sampai sanggup berbunuh-bunuh untuk memiliki emas tersebut.
Menjadi satu persoalan umat manusia, bagaimana sungai sebesar itu boleh kering? Jawapannya bukankah bumi ini ada musim kemarau dan waktu panasnya yang tersendiri?
Dari situlah air terus tersejat dan mengurangkan kuantiti air di Sungai Eufrat setiap hari dan tahun demi tahun sehinggalah ia benar-benar terus kering-kontang.
Menariknya, terdapat sebuah kajian bahawa kemarau panjang, El Nino akan melanda dunia beberapa tahun lagi tepat mengikut kitarannya iaitu empat tahun sekali.
Namun yang menakutkan, ia bukanlah El Nino biasa sebaliknya pengkaji tersebut menamakan sebagai Super El Nino yang lagi kritikal berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Jika kejadian Super El Nino menjadi salah satu asbab bagaimana Sungai Eufrat boleh menjadi kering dengan lebih cepat maka adakah asap Dukhan akan muncul akibat hutan-hutan seluruh dunia terbakar?
Wuallahualam!