Politik

MCA bukan DAP

Oleh Rizal Johan.

Adakah MCA Masih Relevan?

Biarpun negara kita sedang hebat bergelut dengan keruncinganpandemik Covid-19 dan rakyat pula semakin terhimpit di antarakrisis kesihatan yang membimbangkan dan prestasi ekonomiyang kian menguncup, negara ini tetap tidak pernah sunyidaripada gegak gempita kecelaruan politik atau political impasse oleh sang politikus. Yang nyatanya, rakyat sudahkepenatan dengan pencaturan sang politikus yang kemarukkankuasa berbanding berminat untuk membincangkan soal keluhresah rakyat di bawah waima sehingga artikel ini ditulis pun, Parlimen masih tidak dibuka.

Prestasi kerajaan yang flip-flop dewasa ini juga semakin hebatdikritik rakyat. Semua perkiraan ini menjadikan dinamikapolitik tanah air tidak terhenti begitu sahaja malah ada kalanyasemakin panas dan sarat dengan drama. Dalam konteks ini, komponen Barisan Nasional (BN) iaitu Malaysia Chinese Association (MCA) juga tidak terkecuali dari jentikan segelintirpemerhati politik yang melihat parti ini sudah hilang taringnyadan lebih radikal, ada yang beranggapan MCA sudah lenyapdari radar politik tanah air.

Ranjau perjalanan MCA

Sebagai pemerhati politik, adalah tidak adil untukmenyimpulkan MCA sudah lenyap atau mungkin tidak relevandalam arena politik semasa memandangkan MCA masih aktifmencurahkan bakti di seluruh negara dan mempunyai kerusi di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, malah turut memilikiwakil di peringkat kerajaan pusat buat masa kini.

Untuk lebih menjustifikasikan kerelevanan MCA ini, baikjuga untuk kita kembali sejenak ke era penubuhan parti keramatyang menjadi sebahagian dari rakaman sejarah kemerdekaannegara ini. Penubuhan MCA atau dikenali sebagai PersatuanCina Malaya sekitar 1949 ini pada waktu itu adalah satugabungan persatuan-persatuan kebajikan yang bermatlamatuntuk membantu dan membela masyarakat Cina yang ditempatkan semula dalam usaha British memerangi komunis di Malaya. Di bawah Rancangan Briggs, MCA adalah sebahagiandaripada perancangan Sir Henry Gurney untuk melindungimasyarakat Cina dari diugut oleh komunis dan menempatkanmereka di penempatan semula dari kawasankawasanterpencil yang bertaburan.

Kehadiran MCA pada ketika itu telah banyak menabur jasadan bakti dengan menawarkan langkah proaktif denganpenyediaan rumah, makanan, perubatan dan kebajikan kepadakomuniti Cina di Malaya. Selain itu, MCA juga telah berusahamenyediakan kemudahan seperti pembinaan sekolah Cina, akses kepada elektrik dan air, serta perpustakaan awam untukkegunaan masyarakat pada ketika itu. Disebabkan kesukarandan kesulitan yang ditetapkan oleh penjajah British, pemimpinpemimpin UMNO, MCA, dan MIC dengan penuh iltizamtelah menubuhkan parti politik untuk membawa suaramasyarakat yang meminta pembebasan daripada penjajah.

Walaupun pada peringkat awal penubuhan MCA adalahlebih ke arah persatuan kebajikan namun atas dasar perjuanganyang lebih besar dan holistik, MCA telah berganding bahu bersama UMNO dan MIC membentuk Parti Perikatan dan menggembleng tenaga untuk mencapai satu matlamat yang sama iaitu “Demi Kemerdekaan” dan kebebasan daripadapenjajah British di Tanah Melayu. Semenjak pada saat itu, UMNO, MCA dan MIC telah menjadi payung kepadakemajmukan dan perpaduan masyarakat di Malaysia.

Atas semangat dan prinsip yang sama, Parti Perikatan telahdibesarkan kepada Barisan Nasional (BN) dengan penyertaanparti politik dari Sabah dan Sarawak serta parti – parti yang lain dan kemudiannya didaftarkan secara rasmi pada 1974. Ironinya, walaupun parti yang berlogokan kapal layar ini dibubar dan kemudiannya digantikan dengan gabungan parti BN yang bertemakan dancing, MCA masih tetap kekal setia dan istiqamah sehinggalah ke hari ini biarpun adakalanya adaombak yang membadai pantai.

Kedinamikan politik tanah air menyaksikan gabunganstatus quo BN mula goyah selepas 14 siri pilihan raya umum. Persepsi yang dimainkan oleh pembangkang untuk setiappilihan raya dan kegagalan kerajaan untuk menawan imaginasirakyat akhirnya melahirkan rasa kebencian terhadap parti yang mendominasi politik tempatan selama ini. Rakyat mula melihatkeperluan untuk menukar parti pemerintah selepas lebih 60 tahun ditunjangi oleh BN.

Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008 memberikanisyarat awal mengenai penolakan rakyat apabila BN buatpertama kali dalam sejarahnya hilang kuasa majoriti 2/3 di Parlimen, malah ketika itu ada pihak yang beranggapankeputusan tersebut lebih teruk berbanding prestasi PartiPerikatan pada pilihan raya tahun 1969. Populariti BN juga terus merundum pada PRU ke-13 apabila generasi muda mulamenuntut perubahan kerajaan yang selama ini dikuasai oleh BN. BN mulai gagal mengawal persepsi yang dimainkan oleh parti pembangkang sebagai kerajaan korup dan tidak bermoral. Kegagalan mengawal imaginasi dan persepsi rakyatmenyebabkan kerajaan BN dilanda tsunami penolakan dan defisit kepercayaan pada PRU ke-14.

Tempiasnya juga turut dirasai oleh MCA, apabila parti tersebut merekodkan kekalahan terbesar di dalam sejarahpenubuhannya apabila hanya memperoleh satu kerusi di parlimen dengan peratusan kemenangan 0.45% daripada jumlahkerusi yang ditandingi. Maka persoalan utama mulai timbul, adakah MCA sudah tidak relevan dan apakah punca di sebalikkejatuhan populariti MCA/BN dalam kalangan rakyat?

Adakah MCA Tidak Lagi Relevan?

Penolakan masyarakat Cina terhadap MCA adalahdisebabkan helah DAP dalam memperdaya dan melahirkan rasa sangsi kepada masyarakat Cina bahawa mereka mampumelakukan perubahan drastik dalam mempromosikanMalaysian Malaysia dan menentang ketuanan Melayu yang selama ini dijuarai oleh UMNO. Masyarakat Cina mula melihatUMNO sebagai sebuah parti yang terlalu dominan sehinggakanMCA didakwa tidak mampu berdiri mempertahankanmasyarakat Cina.

Walaupun DAP teguh menyatakan perjuangan merekaadalah sebagai parti berbilang bangsa, realitinya DAP tetapmenjadi sebuah parti cauvinis yang penuh hipokrasi. Politikhasutan dan kebencian mula dilantunkan oleh DAP untukmenyakini masyarakat Cina bahawa MCA gagal membela nasibmereka. Akhirnya, masyarakat Cina terutamanya golonganmuda dilihat semakin jauh dari masyarakat Melayu. Wujud rasa curiga-mencurigai yang semakin ketara dalam masyarakatberbilang bangsa yang akhirnya memberikan implikasi negatifkepada integrasi masyarakat dan perpaduan negara itu sendiri.

Perubahan corak pemikiran dalam generasi muda juga mula berlaku apabila generasi muda mula celik politik dan juga era kecelaruan teknologi (disruptive technology) yang berkembang pesat menyebabkan informasi tersebar dengan lajudan tanpa kawalan. Parti konservatif seperti UMNO, MCA dan MIC mula dianggap tidak lagi relevan dan ketinggalan zaman pada pemikiran golongan muda. Selain itu, golongan muda juga cenderung untuk menyokong pembangkang kerana lebihmembuka ruang kepada mereka berbanding BN yang dilihatterlalu eksklusif untuk mereka.

Relevan atau tidaknya MCA hanyalah sekadar pendapatdan bersifat subjektif. Sehingga kini, MCA kekal komited dan konsisten dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik untukrakyat di kawasan konstituen mereka. Kepimpinan MCA dan BN masih ditagih untuk membantu memulihkan kestabilanpolitik, ekonomi dan kesihatan yang sedang kita alami hari ini.

Populariti MCA dan BN juga dilihat kian pulih, terutamanya apabila BN dan Muafakat Nasional (MN) berjayamemenangi tujuh daripada 12 pilihan raya kecil yang telahdiadakan sejak PRU14, termasuk Tanjung Piai yang dimenangioleh MCA dengan peningkatan undi yang mendadak darimasyarakat Cina. Ya, memang diakui MCA mengalami defisitkepercayaan dari masyarakat Cina sejak PRU12, namun untukmenyatakan MCA dan BN sudah tidak relevan dan ditolaksecara total, ianya adalah tidak munasabah sama sekalikhususnya jika diukur kemenangan BN di ketujuh-tujuh kerusitersebut pada era pasca PRU14.

MCA bukan DAP

Isu yang sering menghimpit MCA seperti Unified Examination Certificate (UEC) dilihat telah mengecewakanmasyarakat Cina dan DAP juga sebelum ini memberi jaminanbahawa isu ini akan diselesaikan sekiranya mereka berjaya kePutrajaya. Namun hakikat yang berlaku, DAP juga tidakmampu untuk melakukan sebarang perubahan seperti yang diharapkan ketika menjadi sebahagian dari kerajaan, malahdalam isu UEC, wakil DAP yang menjawat jawatan TimbalanMenteri Pendidikan turut gagal untuk menunaikan apa yang dijanjikan kepada masyarakat Cina.

Naratif yang dijual mereka mula kedengaran seperti DAP adalah wadah terkini untuk membela nasib masyarakat Cinadan bukan lagi MCA. Naratif yang sama juga didengari dengankemunculan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang digembar-gemburkan bakal menggantikan UMNO dalammembela ketuanan Melayu, dan begitu juga Parti Amanah Negara (PAN) yang cuba menggantikan PAS sebagai sebuahparti Islam yang baharu. Seperkara yang jelas di sini ialah MCA tidak pernah mencetuskan sebarang isu perkauman mahupunmelahirkan keresahan dalam menarik sokongan masyarakatCina berbanding DAP.

Walaupun, akronim MCA itu sendiri merujuk kepadaMalaysian Chinese Association tetapi MCA sudah cukupterbiasa dengan semangat kebersamaan, tolenransi dan setiakawan yang diwarisi dan dipupuk melalui BN. MCA bukanlah parti rasis seperti DAP yang gemar menikamrakannya seperti yang dilakukan semasa di dalam Pakatan Rakyat pada 2008. Rekod MCA yang bersih dan sentiasamenghormati UMNO, MIC dan rakan komponen lain di dalamBN sudah cukup untuk menjelaskan perbezaan di antara keduaparti ini.

Pada pandangan kebanyakkan orang Melayu pula, MCA adalah sebuah parti yang lebih diterima berbanding DAP. Walaupun DAP sering berselindung di sebalik laungan“Malaysian Malaysia” yang dibanggakan mereka, tetapirealitinya DAP lebih cenderung dianggap sebagai sebuah parti yang cauvinis dan hipokrit. Ini bukan sesuatu yang perludiselindungkan lagi apabila pemimpin DAP seperti Ronnie Liu pernah tampil lantang dengan kenyataan bahawa DAP tidakperlu mencairkan kecinaan mereka hanya untuk menagihsokongan orang Melayu. Sejujurnya, agak sukar bagi sayasebagai orang Melayu untuk menulis mengenai MCA. Namunapa yang pasti, MCA tidak sama sekali membawa naratifkebencian seperti DAP.

MCA juga tidak terdesak untuk menukar orientasinyasebagai ekstrem seperti DAP hanya semata-mata untuk menarikhati pengundi. MCA juga bukan sebuah parti yang perluapologetik dalam perjuangan mereka untuk membela nasibmasyarakat Cina jika dibandingkan dengan DAP yang hipokritdan berselindung di sebalik propaganda “Malaysian Malaysia”yang menjadi prinsip asas mereka.

Rizal Johan.

Penulis merupakan seorang pelajar pascasiswazah di sebuahuniversiti awam tempatan. Mempunyai minat yang mendalammengenai isu semasa.

Bersambung:

Cabaran MCA dalam Realiti Politik Semasa, 2nd Article.

Toleransi Politik MCA, 3rd Article

(Visited 787 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button