JenayahNasional

Wanita hamil dipukul suami hingga koma mungkin hilang ingatan

WANITA yang parah dipukul suaminya sehingga koma mungkin hilang ingatan dan peluangnya pulih seperti biasa adalah tipis.

Adik mangsa, Fazariah berkata, keluarganya reda dengan ketentuan Ilahi selepas dimaklumkan pasukan perubatan mengenai keadaan kakaknya.

Beliau berkata, kakaknya dibenarkan pulang ke rumah keluarga di Sungai Udang, Melaka kelmarin selepas 27 hari dirawat di hospital.

“Alhamdulillah kakak sudah stabil tetapi masih koma dan sudah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan alat pernafasan,” katanya seperti dilaporkan Kosmo.

Bulan lalu, Jahidah Nordin, 43, dilaporkan sedang bertarung nyawa selepas parah disyaki dipukul suaminya sehingga koma di rumah mereka di Larkin, Johor pada 4 Mei lalu.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan tengkorak, selain rahang, tulang belakang serta rusuk wanita itu retak disyaki dipukul suaminya.

Penjawat awam yang tidak sedarkan diri itu menerima rawatan awal di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja`afar di Seremban atas permintaan keluarga, selain nasihat HSA.

Susulan itu, pada 25 Mei lalu dilaporkan polis akan mempergiatkan risikan dan membuat serbuan jika mendapat petunjuk baharu berhubung suspek bernama Rosmaini Abd. Raof, 38, yang dipercayai berada di Shah Alam, Selangor atau Alor Setar, Kedah.

Fazariah berkata, usia kandungan kakaknya kini memasuki 11 minggu dan dalam keadaan baik.

“Sedih kami melihat dia mengandung dalam keadaan sakit, dia minum susu ramuan khas. Kami sekeluarga tidak putus-putus berdoa agar kakak kembali sembuh, selain si pelaku ditangkap dan dihukum,” katanya.

Orang ramai yang ingin meringankan beban mangsa boleh menyumbang ke akaun bank Fazariah Nordin 160214042052 (Maybank) atau 0413841000043244 (Bank Simpanan Nasional). – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button