Nasional

Tanda pagar #TajuddinLetakJawatan trending

TANDA pagar #TajuddinLetakJawatan menjadi trending atau sohor kini di Twitter selepas Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman didakwa mengeluarkan kenyataan tidak sensitif terhadap  insiden kemalangan melibatkan LRT.

Antara yang menjadi krtikan warganet termasuk jawapan terhadap soalan mengapa beliau tidak hadir ke tempat insiden sejurus selepas kejadian berlaku.

“Bila saya dapat tahu, sudah lewat, saya buat keputusan akan datang ‘first thing in the morning’. Ini bermakna saya memang serius dalam perkara ini. Jadi pagi lagi saya sudah turun, pergi tengok terowong semua,” katanya ketika menjawab soalan media.

Klip video beliau menjawab soalan wartawan berdurasi 19 saat turut tular di media sosial.

“What situation? Normal. Only two car together, they kiss each other (gelak). The line ok, nothing wrong with the line,” katanya dalam klip video terbabit.

Jawapan Pengerusi Prasarana itu menjadi sindiran warganet di Twitter.

“What is the situation in the tunnel..? Chairman Prasarana : Normal..only the 2 cars together. They kiss each other (then he laughed),” ajuk @norizmn.

“I really don’t have any idea, why Malaysia??? Why??? Why must we have this stupid pak cik..arrogant!! Speak like he the only one cerdik.. Malu wey..malu.. #TajuddinLetakJawatan,” ciap @Deeja22628428

“I am glad to see that this is trending. This arrogant old man has to go. There are much better candidates out there than this clown. Malaysia deserves better. #TajuddinLetakJawatan,” komen @petweg_

“Shame on you, man! People are injured due to your organisation’s negligence and you don’t even have any decency to show that your care and apologize to those victims. Plus, you don’t follow the current SOP by not wearing a face mask. #TajuddinLetakJawatan #TajuddinOut,” kata @azafirah.

Tajuddin turut dikritik kerana tidak memakai pelitup muka malah cara beliau memakai pelindung muka turut menjadi perhatian kerana dipakai secara terbalik.-SM

 

 

(Visited 620 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button