Nasional

64,046 kanak-kanak dijangkiti Covid-19 tahun ini

SERAMAI 64,046 orang kanak-kanak di seluruh negara telah dijangkiti virus Covid-19 berbanding 8,369 kes yang dilaporkan sepanjang tahun 2020.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, laporan Kementerian Kesihatan menunjukkan seramai 41,971 bayi dan kanak-kanak berusia setahun setengah sehingga 12 tahun telah
dijangkiti virus tersebut,

Manakala sebanyak 6,290 bayi berusia setahun setengah dan ke bawah dilaporkan turut dikesan positif Covid-19.

“Perkembangan terbaru ini amat membimbangkan dan seharusnya menjadi “wake up call” kepada semua pihak terutama ibu bapa.

“Kita sebagai orang dewasalah yang bertanggungjawab melindungi kanak-kanak ini daripada dijangkiti,” kata Ismail Sabri dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas beliau, selain memberi penekanan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) masyarakat perlu melakukan sekatan pergerakan kendiri bagi mengelak diri, anak-anak dan keluarga daripada dijangkiti COVID-19.

Sementara itu, 694 individu telaj ditahan atas kesalahan ingkar SOP semalam. Daripada jumlah itu seramai 685 individu telah dikompaun, lapan direman dan seorang direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (179), gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (166), tidak memakai pelitup muka (129), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (63), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (58) dan lain-lain (99).

Dalam pada itu tiga kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

PKPD dikuatkuasakan di Mukim Bagan Serai, Kerian, Perak. Sehingga semalam sebanyak 53 kes positif COVID-19 telah direkodkan di lokaliti tersebut hasil daripada 144 ujian saringan yang dijalankan oleh KKM.

Sebanyak 67 kes positif Covid-19 dikesan di FELDA Redong 1, Mukim Labis, Segamat, Johor yang turut dikenakan PKPD.

Kes Covid-19 secara mendadak di Daro, Sarawak yang melibatkan Rumah Panjang Isa Anak Blone, Rumah Panjang Ben Anak Kuleng dan Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Gelam menyebabkan kawasan berkenaan turut dikenakan PKPD.

Kesemua kawasan terbabit dikenakan PKPD bermula dari 27 Mei sehingga 9 Jun.-SM

(Visited 122 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button