10 Hotel Dengan Bajet Bawah RM200 Sehari Yang Tawarkan Staycation Khas Untuk Orang KL
Walaupun tidak dapat merentas daerah atau negeri, mujurlah hotel atau inap desa masih boleh beroperasi seperti biasa dan dibuka khas untuk pengunjung tempatan sahaja.
Dalam erti kata lain, ia membawa maksud orang awam masih boleh melakukan aktiviti staycation tanpa perlu berbelanja besar kecuali membayar bilik hotel atau inap desa yang ditempah.
Berdasar platform tempahan atas talian, Booking.com, terdapat beberapa hotel yang menawarkan perkhidmatan staycation dan orang ramai berpeluang untuk mengambil mood ala-ala sedang bercuti.
Untuk senarai tersebut, berikut adalah carian Suara Merdeka dan semoga ia bermanfaat untuk anda yang selama ini terlampau rasa stres akibat bekerja dari rumah (WFH) atau sudah lama tidak makan angin :
DoubleTree By Hilton Kuala Lumpur – RM188
THE FACE Suites – RM187
Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur – RM185
Concorde Hotel Kuala Lumpur – RM180
Novotel Kuala Lumpur City Centre – RM170
Aloft Kuala Lumpur Sentral – RM160
Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur – RM158
Dorsett Kuala Lumpur – RM155
Meliá Kuala Lumpur – RM147
Hilton Garden Inn Kuala Lumpur – South – RM98
Walau bagaimanapun, harga tertakluk kepada promosi semasa yang ditawarkan oleh pihak hotel berdasar kapasiti bilik yang ditawarkan.
Namun diingatkan kepada para pengunjung bahawa cafe, gimnasium dan juga kolam renang tidak dibuka bagi mengawal perebakan penyakit.
Apa kata kongsi artikel ini kepada rakan-rakan, ahli keluarga atau pasangan? Moga-moga dapat bangkitkan mood baharu selepas staycation untuk sehari dua! – SUARA MERDEKA