Hanya ‘Tentera Bawang’ Malaysia Boleh Lemahkan Psikologi Jentera Propaganda Mossad
Nampak macam lucu tetapi inilah kehebatan sebenar rakyat Malaysia semasa berada di alam maya dan sanggup menggalas tanggungjawab sebagai ‘tentera bawang’.
Melihat beberapa kejayaan semasa sehingga menjadi trending di seluruh dunia, keupayaan ‘tentera bawang’ dilihat mampu melemahkan psikologi jentera propaganda Mossad.
Siapakah Mossad ini?
Mossad merupakan agensi perisikan yang menjalankan misi rahsia bagi mencari kelemahan musuh Israel termasuklah kumpulan pejuang Palestin sehingga ke negara musuh seperti Iran.
Kegiatan Mossad ini agak kurang diketahui kerana mereka pandai menyimpan dan tidak mempamerkan Mossad secara terbuka namun kesan kegiatan mereka, banyak pihak jadi hancur.
Dalam erti kata lain, Mossad adalah agensi perisikan yang paling bangsat dan celaka pernah wujud dalam muka bumi dan terlalu berbangga kononnya mereka hebat dalam pelbagai aspek.
Namun apa yang mereka terlepas pandang adalah penglibatan jentera propaganda Mossad yang terlepas ke alam maya bagi menepati penyebaran mesej mengikut peredaran zaman.
Di sinilah propaganda mereka akan diperbodoh-bodohkan oleh ‘tentera bawang’ yang cepat sedar sekali gus mengajak pihak lain untuk melakukan serangan secara berjemaah.
Jika tidak masakan nama Malaysia turut tersenarai dalam cadangan negara yang berpotensi diserang oleh tentera Zionis Israel dengan menggunakan teknologi mereka.
Mossad Hidup Dengan Penipuan
Tidak dinafikan sebagai agensi perisikan, Mossad tidak terkecuali untuk merancang strategi untuk mencari titik kabur bagi melangkah masuk ke zon musuh.
Namun sejarah kebanyakan menceritakan segala kegiatan Mossad ini gagal berjalan seperti yang dirancang kerana pelbagai faktor.
Untuk menutup kegagalan itu, jentera propaganda agensi perisikan inilah yang akan memainkan peranannya untuk mereka cerita baharu bahawa Mossad sentiasa tiga langkah ke hadapan.
Padahal segala cerita yang diterbitkan oleh media yang mereka kuasai itu cuma palsu dan sumber-sumber kukuh untuk mengesahkan tragedi yang berlaku sukar ditemui.
Isreal Arah Mossad Bunuh Pemimpin Hamas
Berita terbaharu.. Isreal mengarahkan Mossad untuk membunuh pemimpin Hamas yang berada di seluruh dunia dan melihat berita ini, jelas ia sebagai satu wayang.
Wayang yang boleh diklasifikasikan sebagai cerita seram dan ganas kerana mengandungi impian aksi yang sangat kejam serta keterlaluan.
Gambar : Model Israel, Bar Refaeli melakonkan watak agen perisik Mossad dengan pelakon Tomer Sisley dalam satu filem yang dibuat mengenai pembunuhan operasi Hamas Mahmoud al-Mabhouh.
Jika dapat bertemu dengan pemimpin Hamas sekali pun, pastinya anggota agensi perisikan Mossad ini yang akan terkorban terlebih dahulu.
Kemudian Mossad tampil dengan wayang terbaharu selepas mencari ‘kambing hitam’, “Inilah pemimpin Hamas yang telah kami bunuh kerana menyerang Israel”.
Padahal.. tak berlaku pun seperti yang mereka rancang dan semoga Allah terus melindungi bumi Palestin daripada golongan yang tidak bersyukur.