Luar Negara
WHO ingatkan Covid-19 tahun ini akan lebih parah
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memperingatkan, wabak Covid-19 pada tahun ini akan lebih parah daripada sebelumnya.
Badan kesihatan di bawah PBB itu menyerukan agar skema COVAX, pemberian vaksin ke negara miskin, segerakan.
Dalam sidang akhbar Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menyingkap bagaimana negara kaya kini hanya menumpukan kepada rakyat masing-masing hingga melupakan peranan mereka membantu negara miskin.
Vaksin kata beliau sepatutnya turut diagihkan ke negara-negara miskin, kerana dunia harus bekerjasama memerangi pandemik ini.
Pandemik Covid-19 mengorbankan sekurang-kurangnya 3,346,813 penduduk dunia sejak virus pertama kali muncul pada akhir 2019, menurut data rasmi AFP.