Selain Buatkan Jejaka Nampak Lebih Segak, GPX Gentleman 200 Bukan Dari Jenis Manja!
Adakah anda penggemar motorsikal cafe racer? Kalau nak cari motorsikal cafe racer pada harga bajet namun gayanya masih nampak verstail, GPX Gentleman 200 mungkin pilihan yang tepat.
Foto : Raffael Lee Abdullah
Motorsikal jenis cafe racer ini bukan sahaja membuatkan sang pemakainya nampak lebih ranggi malah majoriti kaum wanita mengatakan cafe racer dengan reka bentuk ini nampak sangat ‘jantan’.
Apatah lagi apabila sang jejaka yang memakainya, sudah tentu ia memberikan pengalaman yang tersendiri semasa menunggang cafe racer yang agak ‘mengancam’ ini.
Foto : Raffael Lee Abdullah
Bagi kaki custom, model ini antara yang popular dalam carian namun hanya bengkel-bengkel tertentu sahaja berani menyentuh ‘keterunaan’ GPX Gentleman 200.
Selebihnya, diuruskan secara DIY oleh pemilik cafe racer ini atau berkolaborasi dengan bengkel-bengkel yang menjadi pilihan dan keutamaan penunggangnya.
Ini antara model cafe race GPX Gentleman 200 yang telah menerima ubah suai pada bahagian cermin sisi, lampu hadapan, pemegang serta beberapa bahagian lain lagi.
Foto : Raffael Lee Abdullah
GPX Gentleman 200 pada asalnya didatangkan dengan bahagian ekor yang agak panjang namun bagi kaki custom, ramai yang suka memotongnya atau memanggilnya dengan istilah ‘sunat’.
Jika lihat pada motorsikal ini, bahagian belakang seperti terbuka kerana telah mengalami proses ‘sunat’ yang disebutkan dalam artikel.
Foto : Raffael Lee Abdullah
Namun jika ada yang bertanya, bagaimana dengan jenis standard atau original? Sukar untuk menemuinya di jalanan namun tetap ada segelintir yang gemar mengekalkan gaya asalnya.
Motorsikal cafe racer GPX Gentleman 200 yang standard didatangkan khas dengan cermin sisi yang tinggi serta bahagian ekor seperti dalam gambar.
Foto : Raffael Lee Abdullah
Di bawah ini adalah koleksi gambar rawak berkenaan GPX Gentleman 200 yang sempat dirakam oleh lensa bagi terbitan Suara Merdeka.
Foto : Raffael Lee Abdullah
Foto : Raffael Lee Abdullah
Foto : Raffael Lee Abdullah
[VIDEO] Review penuh daripada penunggang GPX Gentleman 200
Apa pandangan anda tentang motorsikal cafe racer GPX Gentleman 200 ini? Kongsikan bersama kami pada bahagian komen!