Politik

Kumpulan Melayu-Islam harus diasaskan melalui PN – Hadi

KUMPULAN Melayu-Islam harus diasaskan menerusi Perikatan Nasional kerana ia sebuah gagasan yang berdaftar.

Pada masa sama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menuntut supaya Bersatu tetap dijadikan ahli komponen Muafakat Nasional, di sebalik tindakan UMNO mahu menamatkan kerjasama dengan parti pimpinan itu.

Malah katanya, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri telah meterai perjanjian babitkan  penglibatan Bersatu dalam Muafakat Nasional MN).

“Kita sudah bersetuju (dan) sudah tandatangani. Saya tandatangan, Zahid tandatangan, undang Muhyiddin (ke) dalam MN. Itu perlu dilaksanakan. Saya boleh tunjuk surat,” kata pada sidang akhbar di Marang hari ini.

Ditanya sama ada kerja sama dengan UMNO akan diteruskan ekoran kenyataannya sebelum itu, Abdul Hadi berkata, apa sahaja nama kerjasama itu “tak penting”.

Related Articles

“Yang penting kerjasama. Sekarang ini PN sudah didaftarkan,” katanya.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button