Luar Negara

36 maut dalam nahas kereta api di Taiwan

SEKURANG-KURANGNYA 36 orang terbunuh dan 70 orang lagi masih terperangkap dalam gerabak setelah kereta api Taiwan tergelincir di terowong.

Kereta api itu diktakan telah berlanggar sebuah trak yang tergelincir di jalan yang menuju ke tapak pembinaan berhampiran.

Kemalangan itu, yang turut mencederakan lebih dari 40 penumpang, adalah bencana kereta api terburuk di pulau itu dalam tempoh sekurang-kurangnya empat dekad.

Kereta api, yang merupakan kereta api ekspres dari Taipei ke Taitung membawa pelancong dan orang ramai yang pulang untuk bercuti kampung halaman pada hujung minggu.

Imej dari tempat kejadian menunjukkan kereta di dalam terowong itu terkopak dan ada gerabak yang remuk menyukarkan tugas menyelamat.


(Visited 137 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button