Hiburan
Datuk Seri Eizlan Yusof dilantik jadi Pengerusi Jawatankuasa Skim Wajib Tayang
PELAKON, Datuk Seri Eizlan Yusof telah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Skim Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkuatkuasa 15 Mac lalu hinga 22 Mei 2022.
Finas dalam satu kenyataan turut mengucapkan tahniah kepada Eizlan yang juga Ahli Perbadanan Finas.
“Eizlan turut memegang portfolio Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri Finas,” katanya. -SM