Pekerja izinkan nenek guna laptop di kedai chatting dengan anak
SEORANG wanita warga emas mencuri perhatian ramai apabila dia meminta kebenaran menggunakan komputer riba yang dipamerkan di sebuah kedai menjual peralatan elektronik.
Dalam kejadian yang berlaku di Filipina, nenek tersebut meminta kebenaran pekerja kedai berkenaan untuk menggunakan komputer riba dan kemudahan internet untuk berhubung dengan keluarganya yang terpisah akibat Covid-19.
Pekerja kedai yang bersimpati denganya membenarkan nenek tersebut menggunakan komputer riba yang dipamerkan itu pada bila-bila masa beliau tersebut mahu gunakan.
Menurut pekerja tersebut, nenek itu dapat mengetahui perkembangan dan aktiviti keluarganya dengan melihat Facebook anaknya melalui komputer dan kemudahan internet di kedai yang terletak di Greenbelt, Makati tersebut.
“Pekerja kedai memanggi beliau nanay. Dia memang tidak mampu untuk memberi gajet yang membolehkan dia berhubung dengan keluarganya yang jauh.
“Jadi dia selalu datang ke kedai ini dan selalu menggunakan komputer riba yang dipamerkan untuk ‘berbual’ secara dalam talian dan melihat Facebook anaknya,” kata Walter seperti yang dilaporkan oleh Philippine Star semalam.
Dalam gambar yang tersebar di media sosial itu nenek tersebut kelihatan menggunakan pelindung muka dan pelitup mulut sambil duduk di atas kerusi yang diletakkan berhampiran ruang laptop di pamerkan.
Dia kelihatan tekun menekan butang-butang huruf yang terdapat di komputer riba tersebut sambil membaca pada skin komputer.
Hari ini nenek tersebut mendapat sebuah komputer sendiri hasil sumbangan sorang insan yang terkesan dengan paparan kisah nenek tersebut yang tular di media sosial.
“Super-super salamat po sa nagbigay, napakabuti ninyo… Nakakaiyak…” katanya dalam bahasa Filipina bermaksud, “Saya sangat berterima kasih dengan pemberian ini. Kamu sangat baik. Saya ingin menangis.
Penyumbang yang tidak mahu dikenali itu menghadiahkan nenek itu sebuah komputer berjenama MacBook.-SM