Hiburan

Harison 78 tahun, beraksi sebagai Indiana Jones kali terakhir

Pelakon Amerika Harrison Ford yang kni berusia 78 tahun akan mengulangi peranannya sebagai Indiana Jones dalam francais filem Disney.

Filem tersebut yang akan diarahkan oleh James Mangold, akan menjadi filem kelima Indiana Jones dan terakhir buat pelakon tersebut sebagai Indy.

Disney membuat pengumuman tersebut dalam persembahan maya kepada para pelabur. Filem tersebut akan ditayangkan pada bulan Julai 2022.

Harisson pertama kali muncul sebagai Indiana Jones dalam Raiders of the Lost Ark pada tahun 1981, diikuti pada tahun 1984 melalui filem Indiana Jones and Temple of Doom.

Dia kemudiannya membintangi filem ke-3, Indiana Jones and the Last Crusade pada tahun 1989 dan Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull pada tahun 2008.

Penerbit filem, Frank Marshall baru-baru ini memberitahu Den of Geek bahawa dia tidak berniat untuk menggantikan pelakon itu dalam peranan ikoniknya.

“Kami sedang mengusahakan skrip,” katanya. “Hanya akan ada satu Indiana Jones, dan itulah Harrison Ford.”-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button