Politik

Putra wujud bukan kerana jawatan – Ketua Wira

PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dikatakan wujud bukan atas sebab kekecewaan ataupun jawatan untuk diagihkan dalam kalangan pimpinan parti.

Justeru, perwakilan dan rakyat Malaysia diingatkan sekali lagi, Putra ditubuhkan adalah untuk menjunjung kedaulatan Raja-Raja Melayu, Islam dan hak-hak bumiputera.

Malah kelahiran parti itu juga dikatakan atas dasar kesedaran terhadap kerakusan pemimpin politik lain yang akhirnya menekan rakyat.

Oleh demikian, Putra dikatakan tidak mahu dicerminkan sebagai parti retorik dalam melaungkan perjuangan Melayu, sebaliknya mewujudkan pilihan kepada rakyat untuk membela nasib mereka.

“Putra lahir dari kesedaran dampak akibat daripada kerakusan pemimpin politik dan wakil rakyat yang dahulunya turut melaung hidup Melayu tapi kini menjadi si kitol, mengkhianat bangsa sendiri.

“Sebagai contoh yang paling besar apabila pemimpin Melayu Pakatan Harapan yang membiarkan pihak-pihak tertentu untuk meratifikasi kan ICERD dan Statut Rom.

“Di mana antara usaha halus menghapuskan kuasa Raja Raja Melayu dan juga Islam sebagai agama bagi Persekutuan Malaysia.”

Kata Ketua Pergerakan Wira Putra, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif, berucap dalam ucapan dasarnya ketika persidangan agung pertama parti itu hari ini.

Tambahnya, kesilapan pemimpin yang terpalit dengan pelbagai skandal dan rasuah perlu diperbetulkan segera.

Selain itu, perbuatan khianat dan fitnah juga harus dibersihkan supaya dapat memberikan cerminan yang baik kepada generasi muda.

“Generasi milenial kini bukan sahaja terdedah dengan pelbagai bentuk pengetahuan yang luas malah memiliki pelbagai sumber-sumber ilmu alternatif yang membolehkan mereka membuat perbandingan dan penelitian.

“Menyedari landskap politik Malaysia yang kian mencabar, salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah dan perlakuan sumbang bebas yang tidak memberi cerminan kepimpinan yang baik kepada anak muda.

“Maka ia perlu segera diperbaiki sebelum barah ini menjadi lebih parah.

“Kepimpinan melalui tauladan bukan sekadar bermakna kepimpinan parti itu bersih dan dilihat bersih.

“Tetapi yang paling utama adalah moral dan integriti individu memimpin itu haruslah tidak menjurus kepada perbuatan khianat, fitnah dan melanggar hukum ketetapan Allah SWT dan undang-undang yang telah digariskan dalam negara ini,” tegasnya. – SM

(Visited 314 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button