Nasional

Langgar SOP PKPB, polis siasat ADUN Ketari

SEBANYAK dua laporan dibuat berkaitan kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sepang, Selangor semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, terdapat dua laporan polis dibuat ke atas ADUN tersebut di Sepang.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Gambar ADUN Ketari yang tular semalam kerana didapati telah melanggar SOP PKPB.

Menurut Fadzil, laporan dibuat oleh pengadu selepas melihat satu ciapan Twitter yang menunjukkan ADUN tersebut bersama rakan-rakannya sedang berkelah di tepi pantai di Bagan Lalang tanpa mematuhi SOP PKPB.

Jelasya, pengadu kemudian melihat beberapa lagi keping gambar di akaun Instagram ADUN tersebut yang baru dimuat naik di lokasi dipercayai di sekitar Pantai Bagan Lalang.

“Pengadu membuat laporan kerana Selangor kini di dalam PKPB dan aktiviti tersebut tidak dibenarkan.

“Pengadu juga mengatakan kejadian melibatkan ahli politik ingkar PKPB ini bukan kali pertama hinggakan rakyat menjadi marah kerana tiada apa-apa tindakan diambil terhadap ahli-ahli politik terbabit,” jelasnya.

Tambahnya, terdapat dua laporan polis terhadap ADUN tersebut dan siasatan kes masih diteruskan. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button