19 buah kenderaan terlibat kemalangan di Kajang
SEBANYAK 19 buah kenderaan dilaporkan terlibat dengan kemalangan di Persiaran Saujana Impian (Kajang ByPass) pagi tadi.
Difahamkan, kesemua kemalangan itu berlaku di antara pukul 7 pagi hingga 8 pagi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima sembilan laporan berkaitan kemalangan tersebut.
“Kejadian berlaku ketika cuaca hujan dan dalam semua sembilan kemalangan tersebut, tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan parah.
“Siasatan yang dijalankan mendapati keadaan jalan ketika itu adalah licin ekoran cuaca hujan,” katanya.
Menurutnya, terdapat juga unsur minyak di atas jalan raya yang berkemungkinan mengakibatkan kemalangan tersebut.
Namun, jelasnya, tidak dapat dipastikan punca minyak di atas jalan raya dan siasatan masih diteruskan.
Petang tadi, tular sebuah video yang dirakam seorang pengguna jalan raya berkenaan beberapa kes kemalangan di kawasan tersebut.
Turut dipaparkan dalam video tesebut ialah kesan minyak yang dipercayai menyebabkan beberapa kenderaan terbabas. -SM