Nasional

Sarjan dan Koperal ditahan minta rasuah RM5,000

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sandakan, Sabah telah menahan dua anggota polis kerana disyaki meminta rasuah berjumlah RM5,000.

Difahamkan, wang tersebut diminta sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas dua individu kerana memiliki barangan terlarang.

Menurut sumber, kedua-dua suspek yang masing-masing berpangkat sarjan dan koperal itu ditahan pada pukul 9.50 malam semalam dalam satu operasi di sekitar Sandakan.

“Pada 26 Oktober lalu, kedua-dua suspek telah meminta rasuah sebanyak RM5,000 daripada dua individu terbabit.

“Wang tersebut supaya mereka tida dikenakan tindakan atas kesalahan bersubahat memiliki barangan larang itu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button