fbpx
Nasional

Rakyat jangan bimbang, ada lebih 16,000 katil untuk merawat Covid-19 di seluruh negara

DI SELURUH negara pada ketika ini ada lebih 16,000 katil untuk merawat pesakit Covid-19. Daripada jumlah itu ketika ini hanya 40 peratus digunakan termasuk di hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara.

Jadi, dakwaan bahawa negara ini kekurangan katil untuk merawat pesakit Covid-19 tidak betul dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata menegaskan terdapat 44 hospital Kementerian Kesihatan (KKM) dan dua hospital pengajar, yang menyediakan perkhidmatan untuk pesakit Covid-19, yang menempatkan 3,825 katil dengan kadar penggunaan 54 peratus.

jumlah sembuh
DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

“KKM turut menyediakan katil tambahan menerusi PKRC di seluruh negara, di mana sehingga kini terdapat 60 PKRC yang sedang beroperasi dengan kapasiti katil sebanyak 12,235 dan kadar penggunaannya adalah 36 peratus,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19.

Di Sabah pula, Dr Noor Hisham berkata sembilan daripada 24 hospital kerajaan di seluruh negeri itu digunakan sebagai Hospital Hybrid COVID-19, yang menyediakan perkhidmatan untuk pesakit COVID-19 dan pada masa sama meneruskan perkhidmatan untuk lain-lain perkhidmatan perubatan.

Memetik laporan BERNAMA, Beliau berkata setakat ini, 1,007 katil untuk pesakit Covid-19 disediakan di sembilan hospital itu dengan kadar penggunaan sebanyak 77 peratus, manakala di 28 PKRC kapasiti katil sebanyak 7,368 dengan kadar penggunaan 43 peratus.


Katanya, ini menjadikan bilangan keseluruhan katil untuk rawatan pesakit Covid-19 di hospital dan PKRC di negeri itu adalah 8,375, dengan kadar penggunaannya sebanyak 47 peratus.

Jelasnya, meskipun terdapat pertambahan kes baharu setiap hari yang dilaporkan, khususnya di Sabah, namun terdapat juga banyak kes discaj dalam jumlah yang banyak dilaporkan setiap hari.

“Oleh itu, katil yang kosong ini boleh digunakan pula untuk kes-kes baharu. Selain itu, KKM sentiasa menilai situasi semasa dan mempunyai perancangan meningkatkan lagi kapasiti katil sekiranya diperlukan,” katanya.

(Visited 5 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button