Negeri
55 peratus kawasan pulih bekalan air
BEKALAN air telah pulih di 715 kawasan atau 55 peratus daripada 1,279 kawasan di Lembah Lembah Kelang sehingga pukul 3 petang tadi.
Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd masih terdapat 577 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan.
Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah Kuala Selangor (97%), Petaling (70 %) Kuala Lumpur (29%), Gombak (52%), Hulu Selangor (88%) dan Klang/Shah Alam (8%).
Manakala masih tiada kawasan di Kuala Langat yang pulih.-SM