Politik

Ku Li Si Kuda Hitam

SIAPA pernah dengar lagu Kuda Hitam nyanyian Hetty Koes Endang. Cuba perhatikan liriknya.

Begitulah Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau dianggap sedang memanfaatkan pertembungan antara UMNO dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagaimanapun tidak pula dilihat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi ruangan kolumnya, Timbalan Pengarang Eksekutif Sin Chew Daily, Tay Tian Yan berkata, Razaleigh atau Ku Li berada di waktu yang tepat ketika Anwar memutuskan untuk menggulingkan Muhyiddin.

Ku Li adalah pemain utama dan penampilannya telah mengubah keseluruhan senario apabila pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini bukanlah sebagai perantara politik untuk UMNO dan bukan juga ‘gaun pengantin’ bagi Anwar.

“Ku Li tetap diam, bertindak secara diam-diam untuk berhubung dengan akar umbi bagi membentuk kekuatan.

“Menurut laporan UMNO, dengan sokongan kem Mat Hassan, Hishammuddin, dan Annuar Musa, Ku Li mungkin dapat memperoleh sokongan 24 Ahli Parlimen Umno, sementara kem Ahmad Zahid dan Najib mungkin hanya mempunyai 15 Ahli Parlimen,” tulisnya.

Dia juga menganggap pertemuan Ku Li bersama Dr Mahathir menguatkan spekulasi bahawa ahli Parlimen UMNO itu perlu mendapatkan restu dari bekas Perdana Menteri ke 7.

Menurutnya, Mahathir pasti akan melakukan apa sahaja untuk mengelakkan Anwar menjadi Perdana Menteri dan sekiranya Mahathir menyokong Ku Li, maka secara tidak langsung ia akan melemahkan peluang Anwar.

Setelah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Pas mendapati bahawa Muhyiddin disingkirkan, mereka akan berpaling untuk menyokong Ku Li walaupun GPS dan Pas tidak mahu bekerjasama dengan DAP.

“Ketika Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub memuatnaik foto pertemuan dengan Ku Li, spekulasi makin kuat dibangkitkan.

“Anwar dan Ku Li kini sedang berlumba. Mana-mana parti dengan sokongan majoriti ahli Parlimen, akan menghampiri garis pertama. Pada pandangan pertama, Ku Li akan memimpin,” tulisnya lagi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button