Politik

Kalau benar DAP hebat elok Ronnie kemukakan usul singkir Bersatu

UALA LUMPUR – Ronnie Liu diminta mengemukakan usul mengeluarkan Bersatu dari Pakatan Harapan (PH) jika benar DAP adalah sebuah parti politik yang kuat.

Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Seputeh, Mohd Badrul Ezan berkata, tetapi seandainta Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP itu tidak berani mengemukakan usul itu eloklah dia dipecat daripada DAP.

“Kalau betul DAP sehebat yang Ronny rasakan, saya cabar supaya Si Ronnie buat usul dalam Mesyuarat CCC akan datang supaya Bersatu (PPBM) dikeluarkan dari Pakatan.

“Kalau tak, DAP harus pecat manusia-manusia seperti Si Ronny yang semakin banyak dalam DAP.

“Pakatan tak akan survive kalau ada duri-duri seperti si Ronnie ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Ronnie sebelum ini mengatakan gabungan PH akan kekal kukuh sebagai kerajaan walaupun tanpa Bersatu

Malah Ronnie turut memberi amaran Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad sering membuat keputusan yang bercanggah dengan kepimpinan PH.

Bagaimanapun, ahli DAP itu terus ditempelak kerana menafikan kemenangan gabungan tersebut pada pilihan raya yang lalu adalah daripada sumbangan tsunami Mahathir yang berjaya meloloskan benteng UMNO.

DAP pula, menurut Mohd Badrul, tidak akan menang tanpa undi daripada Melayu.

“Si Ronnie masih tidak dapat menerima hakikat bahawa kemenangan Pakatan pada PRU 14 sebelum ini adalah disebabkan oleh Tsunami Mahathir. Benar kerusi Parlimen yang dimiliki oleh Bersatu hanya 26 sahaja.

“Tetapi harus diingati bahawa Bersatu bertanding di kubu-kubu kuat UMNO. Untuk memenangi kerusi-kerusi tersebut juga bukanlah semudah seperti yang digambarkan. Dan benar, DAP berjaya merampas beberapa kerusi yang sebelum ini dianggap mustahil, tetapi adakan kerusi tersebut dimenanginya sendirian tanpa bantuan daripada undi Melayu,” ujarnya. –

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button