Trump keluar Hospital Walter Reed selepas tiga hari dirawat
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump meninggalkan hospital Walter Reed pada malam Isnin dan dibawa dengan helikopter kembali ke Rumah Putih.
Beliau dilihat menanggalkan pelitup muka ketika dia tiba di Rumah Putih, walaupun ada dua kakitangan berdiri di belakangnya dan Trump masih dijangkiti Covid-19.
Dia keluar dari Helikopter Marine One setelah meninggalkan Pusat Perubatan Walter Read, berjalan menaiki tangga ke balkoni di Portico Selatan, menanggalkan pelitup dan melambai.
Dia juga memberikan hormat kepada juruterbang helikopter.
Ini adalah langkah mengejutkan memandangkan presiden belum bebas daripada penyakit berjangkit itu. Hasil ujiannya hanya diumumkan pada awal pagi Jumaat.
Dua kakitangan kelihatan di belakangnya: seorang merakamkan kepulangannya ke rumah eksekutif itu.
Trump telah keluar dari hospital pada pukul 6:40 petang Isnin, menunjukkan ibu jari tanda bagus ke arah kamera.
Semasa meninggalkan Walter Reed, beliau ditanya berapa orang di Rumah Putih yang turut dijangkiti wabak itu dan apakah beliau kini penyebar super, Trump hanya menjawab: “Terima kasih banyak.”
Dia naik ke SUV yang menantinya yang membawanya ke Marine One, dengan helikopter yang mengambil masa 15 minit untuk pulang ke Rumah Putih.
Sebelum beliau berangkat, para pembantu menyalakan lampu di luar pintu hospital bagi menyediakan suasana sebelum Presien berangkat supaya memberikan detik-detik dramatik seperti di televisyen kerana itu yang disukai Trump.
Beberapa kakitangan dan ejen Perkhidmatan Rahsia memakai pelitup muka dan kaca mata keselamatan. Pada satu ketika, sepasang pekerja bertopeng berjalan melalui kolam renang dan berkata: “Kami telah diuji.”
Selepas Trump keluar dengan pelitup muka pembedahan, dia diikuti oleh Mark Meadows, ketua kakitangan Rumah Putih; Dan Scavino, pengarah media sosialnya; dan Dr. Sean Conley, doktor Rumah Putihnya.
Marine One berlepas pada pukul 6:45 petang, dan mendarat pada pukul 6:55 petang di Laman Selatan Rumah Putih.
Krew Marine One harus mengasingkan diri selama 14 hari, dan helikopter harus dibersihkan. – DAILY MAIL