Sukan

Manchester United telah habiskan £300 juta untuk kejar ‘Virgil Van Dijk’ mereka sendiri.

MASALAH yang dihadapi Manchester United ialah mereka sudah membeli ‘Virgil van Dijk’ mereka. Bukan satu malah mereka ada tiga.

Jendela pembelian pemain yang baru ditutup sekali lagi dianggap kurang memuaskan di Old Trafford, walaupun berlaku belian saat akhir – tetapi jika pertahanan United tetap menjadi titik paling lemah, pasti masalah terbesar adalah pelaburan yang tidak menepati untuk kawasan itu?

Sebanyak 300 juta pound telah dibelanjakan untuk pertahanan, tetapi hanya membawa sedikit peningkatan, jadi apa yang harus dilakukan? United perlu Teruskan usaha mengejar Van Dijk mereka sendiri sehingga ke berhasil? Liverpool mendapatkannya dengan sangat baik, sementara United telah berusaha habis, tetapi hanya ratusan juta yang habis.

Eric Bailly, dia adalah Virgil No 1 mereka. Menandatangai era Jose Mourinho, berusia  22 tahun dan pada harga £30 juta pada 2016, tidak murah. Bailly ketika itu sudah menjadi pemenang Piala Negara-negara Afrika dengan Ivory Coast. Dia akan menjadi benteng diperlukan United, di samping pertahanan pintar Daley Blind.

Seterusnya datang Victor Lindelof, setahun kemudian. Seorang lagi berusia 22 tahun, dan yang pertama menandatangani kontrak pada musim panas itu. Kos Lindelof di sekitar £31 juta, ditambah £10 juta tambahan, dan dimaksudkan untuk menjadi bek tengah acuan kepada Rio Ferdinand, secara teknikal dia mahir, membawa bola keluar, mengumpan di tengah.


Sebaik-baiknya, Bailly dan Lindelof saling melengkapi, tetapi pada mulanya Lindelof berhempas pulas untuk berada dalam pasukan.

Dalam usaha United mencari Van Dijk mereka datang pula Harry Maguire. Pada masa ini, Liverpool telah menetapkan harga untuk memasukkan pemain yang diharapkan mampu mengubah permainan pada £75 juta, dan Manchester United dipaksa untuk mengatasi Leicester dalam perebutan pemain itu.

Ole Gunnar Solskjaer membayar £80 juta dengan harapan Maguire akan melakukan apa yang dilakukan oleh van Dijk untuk Liverpool. Dia mahukan pemimpin, pemikir yang baik, pemenang pertandingan, asas kepada pasukan.

Phil Jones akan menjadi seperti itu juga, dan Maguire kadang-kadang kelihatan menginjak jalan yang serupa.

Kekalahan 6-1 kepada Tottenham, ketika pertahanan United dikemudi pasangan Maguire dan Bailly berharga 110 juta pound.

Kelab ini berjenakan dengan Paul Pogba, yang dibeli pada tahun 2016. Pogba mencatta rekod dunia, £89 juta, tepat kerana dia dianggap sebagai pemerolehan terakhir yang akan menjadikan Manchester United sebagai pencabar kejuaraan, didorong oleh Mourinho.

Sama seperti Van Dijk dan Alisson dipandang sebagai pemain yang akan melengkapkan Liverpool, begitu juga Pogba adalah kejayaan utama jendela perpindahan pertama Mourinho. Masalahnya sekarang, adalah Manchester United telah bermain dengan penuh muslihat tanpa ada muslihat untuk menang.

Pemain-pemain yang seharusnya memberikan impak untuk memperbaiki kawasan yang lemah, untuk menaikkan  momentum, belum melakukannya.

Hujah bahawa Manchester United memerlukan Van Dijk telah menidakka satu fakta mudah: mereka telah pun membayarnya berkali-kal.

Adalah mudah untuk menyalahkan sikap naif Ed Woodward sambil mengabaikan kenyataan bahawa, selama tiga tahun, £140 juta telah dibelanjakan untuk pemain tengah sahaja.

Sejak Sir Alex Ferguson keluar, Manchester United telah melaburkan £279.5 juta untuk pertahanan untuk akhirnya dibolos 11 gol dalam tiga perlawanan liga musim ini, agregat yang lebih buruk daripada Fulham. – DAILY MAIL

 

(Visited 22 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button