Nasional

Masih ramai orang Cina tidak kuasai bahasa Kebangsaan

TERBITAN laman web Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam Bahasa Mandarin menunjukkan masih ramai orang Cina tidak fasih Bahasa Melayu.

Sehinggakan, dasar kerajaan dalam memerangi rasuah perlu diterjemahkan dalam bahasa lain untuk disampaikan kepada masyarakat itu.

Justeru, suatu perkara yang perlu dipersoalkan adalah, sudah 63 tahun kemerdekaan negara, namun kenapa masih ada yang tidak dapat menguasai bahasa kebangsaan.

Di manakah silapnya jika seorang rakyat yang lahir dan tinggal di Malaysia namun tidak dapat menguasai bahasa kebangsaan dengan baik.

Mereka dilhat lebih menguasai bahasa ibunda yang asing dan bukan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai bahasa rasmi.

“Tanya dengan orang Cina kenapa masih gagal berbahasa dan memahami bahasa Melayu walaupun memiliki kerakyatan Malaysia.

“Inilah bukti kegagalan sekolah vernakular yang jelas tetapi tidak pernah hendak diakui oleh mana-mana pemimpin Cina pun.

“Logiklah, tidak faham bahasa Melayu kalau di sekolah semua mata pelajaran diajar dalam bahasa Cina.”

Demikian kata Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong dipetik laporan portal MalaysiaGazette hari ini.

Kok Seong berkata demikian melihat punca kepada penggunaan Bahasa Mandarin dalam laman web SPRM adalah kerana penguasaan yang lemah terhadap bahasa Kebangsaan.

Menurut beliau, pendidikan vernakular menjadi punca kepada masalah ini kerana bahasa Kebangsaan tidak dijadikan sebagai bahasa pengantar utama dalam pengajaran dan pembelajaran.

Hal demikian dapat dibuktikan menerusi satu kajian terhadap pelatih Program Latihan Khidmat Negara pada 2010.

Menurut Kok Seong, satu kaji selidik terhadap 13,925 orang responden mendapati, 609 pelatih tidak menguasai langsung Bahasa Melayu.

Katanya, kebanyakan mereka merupakan lepasan sekolah Cina atau tidak meneruskan pendidikan di sekolah menengah.

“Inilah bukti kegagalan sekolah vernakular yang jelas tetapi tidak pernah hendak diakui oleh mana-mana pemimpin Cina pun.

“Logiklah, tidak faham bahasa Melayu kalau di sekolah semua mata pelajaran diajar dalam bahasa Cina.

“Sudah 57 tahun pembentukan Malaysia dan 63 tahun mencapai kemerdekaan namun masih ada rakyat Malaysia tidak tahu berbahasa Melayu, ini sesuatu yang tidak boleh diterima.

“Sama ada untuk memperbetulkan, memperbaiki atau apa sahaja ayat atau perkataan yang sesuai.

“Kerana dalam keadaan sekarang ini pun masih ada pihak yang mempertahankan kewujudan sekolah vernakular, sehingga tidak segan-segan mahu menambahnya,” tegasnya.

Terdahulu, SPRM menerusi satu kenyataan memaklumkan penerbitan laman web rasminya dalam Bahasa Mandarin.

Namun tindakan itu dikecam ramai pihak termasuklah organisasi bukan kerajaan dan parti politik. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button