Jenayah

Kes keracunan terhidu karbon monoksida dalam kereta: Mangsa terakhir masih kritikal

Mangsa dirawat di ICU Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin KL

PERKEMBANGAN terkini kes terhidu keracunan karbon moniksida dalam kereta.

Mangsa terakhir keracunan karbon monoksida ketika empat sahabat tertidur dalam kereta dinaiki semasa berhenti di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah, Butterworth, Pulau Pinang pada dua hari lepas masih dalam keadaan kritikal.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, ketika ini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin, Kuala Lumpur dan dalam pemantauan rapi pasukan perubatan.

“Keadaannya masih sama seperti semalam. Dan saya dimaklumkan oleh pasukan perubatan di sana, dia masih dalam keadaan kritikal.. kami juga akan mendapatkan perkembangannya dari semasa ke semasa,” kata Sahabudin, hari ini.

Dalam kejadian Rabu lepas, tiga rakan iaitu Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri dan Nor Adilah Mohd Safwan meninggal dunia manakala Nor Aqilah kritikal selepas keempat-empat mereka yang berumur 21 tahun ditemui tidak sedarkan diri di kawasan tempat letak kereta stesen minyak Sama Gagah.

Mereka dipercayai tidak sedarkan diri akibat keracunan terhidu karbon monoksida apabila tertidur semasa berehat dalam kereta dengan cermin tingkap tertutup.

Mengulas lanjut, Sahabudin berkata, tiada sesiapa yang berada di kawasan parkir stesen minyak itu mengesyaki sesuatu terjadi kepada mangsa kerana mereka dilihat sedang berehat sahaja dalam kenderaan semasa kejadian. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button