Pelajar maut kena renjatan elektrik ketika dengar lagu di telefon
Seorang pelajar sekolah terkena kejutan elektrik di Thailand ketika dia mendengar muzik di telefonnya mengunakan headfon semasa peranti tersebut sedang dicas.
Thanyaluck Fai Phadasri, 16, ditemui mati di tempat tidurnya di Roi Et, timur laut Thailand.
Thanyaluck ditemui berbaring di sebelah buku sekolahnya oleh ibu bapanya yang masuk ke biliknya untuk memanggilnya makan malam.
Mereka menemui telefon yang sudah hangus di tangan gadis yang tidak sedarkan diri itu dengan luka di leher dan di lengannya.
Bapanya Thongchai Phadasri, 39, mengatakan bahawa dia melakukan bantuan pernafasan ke atas anak gadisnya sebelum paramedik sampai.
“Saya sangat sedih. Dia suka ke sekolah dan pergi duduk dalam biliknya untuk membuat kerja rumah setiap hari sebaik pulang,” katanya.
Leftenan Polis Kolonel Ning Supavit berkata: ‘Pelajar sekolah itu mengalami renjatan elektrik dan tidak dapat bertahan.
“Dari siasatan awal di tempat kejadian, kami mengenal pasti telefon pintar sebagai penyebab kematian.
“Dia memegangnya juga dia mempunyai fon telinga untuk mendengarkan sesuatu.”
Pengebumian Thanyaluck diadakan pada hari Sabtu di kuil Buddha tempatan di mana keluarga dan rakan-rakan berkumpul.-SM