Politik

Calon KM Sabah tidak dibincang dengan BN – Shahril

PENGUMUMAN Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin bahawa Pengerusi Bersatu Sabah, Hajiji Noor akan dilantik sebagai ketua menteri Sabah jika Gabungan Rakyat Sabah berjaya tawan negeri itu mengejutkan UMNO.

Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan dalam kenyataan ringkasnya berkata, perkara itu tidak dibincangkan dengan Barisan Nasional.

“Tidak dibincang dengan BN. Kenyataan/liputan media akan menyusul,” kata Shahril ringkas di media sosial.

Muhyiddin mengumumkan cadangan itu di  pekarangan Ibu Pejabat Bersatu Tuaran hari ini sambil disambut sorakan dan tepukan daripada orang ramai.

Walau bagaimanapun, kata perdana menteri, bahawa keputusan itu perlu dipersetujui daripada sekutu-sekutu Bersatu.

“Mana nak tahu, kalau rakan-rakan kita di PN, BN pun bersetuju, yang terbaik nak kita tawarkan sebagai calon untuk meminpin negeri Sabah, tidak lain tidak ialah Hajiji.

“Ini juga memerlukan persetujuan dari sekutu Bersatu,” katanya.

Hajiji, telah mewakili Sulaman sejak 1990 di bawah logo BN dan ini kali pertama dia bertanding di bawah bendera PN.

Hajiji, ketika ditanya mengenai sokongan Muhyiddin terhadapnya sebagai calon ketua menteri, berkata bahawa rundingan akan dilakukan bersama rakan-rakan Bersatu.

“Saya tidak dimakmlumkan secara khusus dan rasmi. Apa-apa pun kita dengan parti rakan Umno, BN dan juga PBS serta Perikatan Nasional akan menyelesaikan isu ini apaibla tiba masanya,” katanya.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button